.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Saturday, October 18, 2008

~my weekend (",)

bicara hari ini.. ~bicara tentang hari semalam

hari minggu.. aku sepatutnya memenuhi satu jemputan perkahwinan, namun atas amanah menjaga anak2 buah, terpaksa ku lupakan hasrat itu.. sementelah juga, aku buntu tak tau ingin menumpang kereta siapa.. my dear bro & wife ada tuntutan yang lebih wajib.. maka aku cuma titipkan hadiah buat pengantin baru.. ~itupun berkongsi dgn kak sham sebenarnya.. jangan kecik ati ye faryza & johan.. kita merancang, tuhan yang menentukan.. setelah *penat* merancang dan merancang, akhirnya tak dapat jugak nak jejakkan kaki ke putrajaya.. orang demam pun still tak berapa ok.. ditambah pula *perang* kecil.. hehe, lumrah hidup..

semalam, aku menerima sms dr seorg *princess permata 39*, dikhabarkan berita gembira tentang majlis pertunangan seorang lagi *princess permata 39* pada minggu hadapan,25 oktober 08.. hanya satu perkataan mampu kulafazkan, *alhamdulillah*.. dah sampai seru.. hmm, tak lama lagi mesti sampai kad jemputan pulak, heheh... bertambah lagi koleksi kad jemputan aku..

hari minggu kupenuhi dgn bermacam2 perkara.. actually, byk dihabiskan membelek majalah kesayangan.. beli setiap minggu, tapi tak sempat pun ku khatamkan isinya.. hehe, macam bz sangat je lagaknya.. sempat mata melirih pada kaca televisyen, cerita krishh.. mulanya langsung tak berminat, tapi di akhir kisahnya, dia balik bertemu neneknya.. aduhai, rindu pulak pada my dear grandma nan seorang tu.. tambah2, raya yang lepas, tak sempat pun nak bertemu mata.. sedang dia, tak pernah lupa bertanyakan khabar aku & adik beradik yang lain ketika berbual di corong telefon dgn my dear mom.. walaupun usia dah mencecah 80-an, tapi my dear grandma masih gagah meniti waktu.. tunggu la, ada ruang masa yang agak panjang, teringin nak balik kampung di kemaman.. :) tapi bila yek?hmm.. cuti tahun ini cuma berbaki 4 hari sahaja.. kalau dikira, hanya cukup utk diperuntukkan kepada waktu2 kecemasan..

aisey.. rasa mcm ari ni terlebih *sopan* menulis.. tatacara aku menulis byk bergantung pada emosi dalaman aku.. hati aku sebenarnya agak tenang ari ni setelah satu peristiwa.. akibat tak prihatin dgn perasaan orang, aku menanggung resah diburu rasa bersalah.. secara terangnya, ada orang merajuk dengan aku.. :p maaf yek, tak terniat pun.. silap aku, bergurau tak bertempat.. agaknya orang demam ni perasaannya menjadi agak sensitif kot.. tapi mujur rajuknya tak berpanjangan.. tenang rasanya hati aku..

malam ini, athirah demam.. yang lain2 sibuk menelaah lantaran minggu peperiksaan bakal menjengah bermula isnin ini.. si kecil amirul makin 'jinak' dgn aku.. dulu, cuma dpt bergurau dari jauh *pantang disentuh*.. kini, terlalu banyak ingin diceritakan tapi pelatnya menuntut aku 'berfikir' agar dapat memahami tiap patah perkataan yang nak disampaikan.. mandi disebut *mati*, kakak bertukar *tatak*, sayang menjadi *tayang*, kucing dipanggil *tucing*.. hehe, bila bercakap dgn dia, aku & yang lain2 sering kali diulit tawa..

malam kian larut.. dalam hati, aku ingin mencoretkan *bingkisan istimewa* buat pengantin baru.. masih mengumpul idea.. mungkin esok sahaja jemariku bergerak.. selamat malam.. :)

No comments:

Post a Comment

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..