.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, October 24, 2008

~Celoteh mak nenek

malam ni aku bakal pulang ke negeri tercinta.. sekejap je rasa masa berlalu.. dah 3 minggu tiket bas terselit diam di dalam purse aku.. rasanya, ramai jugak kot yang ambil peluang untuk balik minggu ni.. bukan mudah nak dapat cuti direct 3 hari.. :) dulu berniat nak jeleskan faryza.. konon2 aku nak balik kampung.. hehe, rupa2nya dia pun bakal balik bertolak balik pagi esok.. tapi yang penting, aku akan sampai dulu.. :p maaf yek faryza.. anyway, kita baru kenal tak sampai 2 bulan, but i think mcm dah lama je kenal ~u know me a lot,thanx..

makin hati *ghairah* untuk balik ke kampung.. tiba-tiba, banyak pula kerja yang diterima.. hmm, dateline pula singkat ~memerlukan kerahan *minda* yang agak banyak & berterusan.. otak ligat *berfikir*, mampukah aku..?? ~muka bos pun dah serius semacam.. "make sure this task 'done' on tuesday.. any issue, please ask me.." err, gerun pun ada.. ok, try and try.. tak cuba, kita tak tahu kan..? so, try & error.. belajar dari kesilapan..

oh ya.. semalam aku dah selamat membuka akaun ASB.. yup, agak *terlewat* sebenarnya dlm usia sebegini.. seharusnya, aku dah lama menabung dalam ASB.. cuma memandangkan tiada budget yang boleh diperuntukkan, maka semalam baru terlaksana.. sebelum ini, hanya sekadar menabung di Tabung Haji.. alhamdulillah, ada la sedikit simpanan.. dan sedikit simpanan di Amanah Saham Wawasan 2020.. dulu, lebihan duit PTPTN sebanyak RM20++ biasanya cukup digunakan untuk 4-5 bulan.. malahan, masih boleh dibawa baki ke semester seterusnya.. ~sebab tu orang selalu kata aku *kedekut*.. hehe, selalunya my dear bro yang kutuk macam tu.. tapi sekarang dengan gaji RM1+++ sebulan, aku agak *semput* nak mengagihkan & berbelanja.. serasa tidak mencukupi..!! aduh..! masih tidak bersyukurkah aku?


inilah manusia.. sebanyak mana yang diperolehi, masih belum mampu penuhi keperluan diri.. makin banyak yang dia dapat, tidak akan pernah mencukupi.. *tamak*.. *rakus*.. tak perlu menuding jari pada orang lain, cukup empat jari kembali menuding diri.. ingin itu dan ingin ini.. untung juga aku diajar tidak dimanjakan sejak kecil.. minta sekali, tak dapat.. minta dua kali,pun tak dapat.. minta kali ketiga, juga belum tentu dapat kecuali ia benar-benar penting & perlu.. aku pula jenis *diam*.. sekali ditolak permohonan, aku lebih suka diam.. bila keadaan dah terlalu mendesak, barulah aku akan bersuara kembali.. tapi biasanya, dapat la.. hehe..


"Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH
Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."

No comments:

Post a Comment

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..