.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, October 10, 2008

~Hari ini...

bicara hari ini.. ~bicara tentang hari semalam & hari ini

dalam perjalanan ke tempat kerja tadi, aku ditemani pengacara celoteh si Fafau ... si FBI takde pulak ari ni.. biasanya aku mmg boleh terhibur dgn celoteh diaorang ni... tapi bila berada di luar konti, dikatakan diaorg ni sebenarnya masuk kategori pendiam.. ~ takde la celoteh mcm kat konti... heran kan?? ye la..kalau diaorang tu kategori pendiam, camne ada pulak diaorg ni boleh cam ok je nak hiburkan pendengar HotFM tu.. eceh, aku ni cam nak promote HotFM pulak..

apa pun, aku rasa Panggilan Hangit tu boleh jadi *terapi ketawa* atau sekurang2nya *terapi senyum*... sebab apa? sebab org yang agak serius perwatakannya dalam idup seharian dia, boleh tersenyum @ tergelak bila dgr Panggilan Hangit tu... ~ serius, tak tipu.. sebab ada bukti dpn mata aku :) pada aku, itu mcm 1 kejayaan la jugak walaupun sebenarnya Panggilan Hangit tu mcm mempersendakan orang lain.. mempermainkan orang lain... huuu... kalau org yang terkena Panggilan Hangit tu tak redha dgn apa yang dia dah terima, selagi tu ada pihak yang akan terus menanggung dosa.. erkk, mcm mana pulak dgn status org yang mendengar ni?? kira mcm subahat la ek..nau'dzubillah..mcm mana yek..? hmm, ni nak kena tanya org yang lebih pakar pasni...


hmm.. tadi bercerita psl Fafau yang celoteh di konti tapi pendiam di luar konti.. aku pun ada jugak la jumpa orang mcm ni.. kadang2 orang pendiam ni sukar nak dijangka..kata orang, diam2 ubi ni diam berisi.. ada betul la jugak kot.. cuma kita la pulak yang nak kena bersedia.. sebab diaorang ni kadang2 unpredictable.. yes, very unexpected..!

al kisah ceritanya sorang Hamba Allah ni..~mmg aku kenal la.. dia ni mmg boleh dikatakan masuk kategori pendiam.. mmg pendiam.. kalau nak borak2 dgn dia, kita nak kena fikir, nak cakap apa dgn dia... hehe..otak nak kena aktif la kiranya.. masa dia penah masuk training, sampai trainer dia tegur " jangan la pendiam sangat. bukak sikit suara tu..awk tu nanti nak keje dgn customer" haa, amik.. cam kena shock pun ada, tapi dia senyum je la.. tu je la modal dia.. ~senyum :)

tapi... dia pendiam yang penuh mesra.. erkk? macam tu la lebih kurang.. sebabnya mcm ni.....
satu hari Hamba Allah ni pegi la umah kawan dia... nun jauh kat sana... kononnya nak gi beraya la.. dia mmg sangat pendiam, tapi lama jugak la dia boleh lepak2 kat umah kawan dia tu.. urm, aku pun jadi konpius, apa dia buat ek?? hehe, sbb aku pun kdg2 leh jadi speechless kalau duk umah org lama2... dah tu, ni la first time dia pegi umah kawan dia tu.. kalau dah biasa pegi, takpe la kan.. selepas 3 jam, then dlm kul 12 tghari, kawan dia ni nak pegi majlis kawen.. tapi si Hamba Allah ni selamba jek.. takde tanda2 nak balik.. eh, dia ni biar betul... sepeninggalan kawan dia ni dlm 3 jam la jugak, Hamba Allah pi solat kat masjid sama2 dgn ayah kawan dia, then balik makan tengahari sama2.. sambil menambah2.. berselera betul dia.. camner ek dia boleh kawal suasana..?? :) heheh... heran jugak aku dibuatnya bila dgr cerita...

2-3 hari selepas pengalaman Hamba Allah tu, aku tanya la dia "camner boleh dengan 'seronoknya' duk kat umah tu lama2? tak rasa kekok ke?"
dia jawab, "ntah la..first time sampai, rasa macam dah biasa bertandang je.. so wat macam biasa je.."

laaa..boleh pulak macam tu ye.. hehe, terpana aku dengan jawapan dia.. :)
tu la alkisahnya...

No comments:

Post a Comment

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..