.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, October 8, 2008

~Hard to please everyone's need

bicara hari ini.. ~bicara tentang hari semalam


Amat sukar utk memuaskan hati setiap orang. Antara kehendak diri dengan keinginan orang terhadap kita, yang mana satu perlu diberi keutamaan? Bagi sesetengah orang, mestilah didahului kehendak diri..right? Pedulikan tentang keinginan orang lain. Janji keinginan diri dapat dipenuhi *satisfied* Tapi pada sesetengah individu lain, tentunya sedaya upaya nak memenuhi permintaan orang lain...sebolehnya taknak hampakan permintaan orang lain disamping nak penuhi jugak permintaan hati sendiri. “Forget what other people want from you or expect. You only get one chance…..” (lupa pulak mana aku dapat quote ni) tapi kalau nak ikutkan ayat ni, abih la. Mesti timbul konflik. Maksud aku, is that our decision is the best or semua tu cuma ikutkan perasaan kita?? Bak lirik nasyid, "pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yang hakiki..kalau hati itu bersih.." kalau tersilap buat keputusan, bukan je buat org lain merana, tapi diri kita sendiri...natijahnya, terimalah padah atas keputusan yang SILAP tu... It is fun to make wrong decision..??

Sukarnya untuk diselami hati itu..apa yang kau mahu sebenarnya?? beritahu aku.. ~
>>> Aku mahu itu
+++ Kenapa itu yang kau mahu?? Kenapa tak kau minta dr orang lain?? Kenapa aku??
>>> Aku tak mintak banyak. Cuma yang 1 itu sahaja. Apa sukar benar utk kau tunaikan?
+++ Memang sukar..kerana hanya itu yang aku ada. Takkan semudah2nya aku boleh berikan pada orang lain..
>>> Apa aku tidak layak??
+++ Ada aku beritahu begitu??
>>> Lantas..kenapa terlalu banyak dalih??
+++ Kau takkan pernah faham
>>> Bagitahu aku...! Belum kau nyatakan, awal2 telah menuduh aku tidak faham
+++ Setiap kali aku nyatakan sebabnya..pasti kau menentang..pasti kau menolak mentah2..ada kau jaga hati aku?? Apa hanya hati kau yang perlu dijaga??

* diam *
* masih terdiam *

+++ Terima la hakikat. Setiap reason yang aku bagi kau anggap sebagai *alasan*..lantas apa lagi harus aku katakan??
>>> Hmmm...


"Dan boleh jadi kamu benci sesuatu
Sedang ia lebih baik bagimu
Dan boleh jadi kamu mengasihi sesuatu
Sedang ia melarat bagimu
Dan Allah mengetahui sedang kamu tidak ketahui"
(Al-Baqarah: ayat 216)

No comments:

Post a Comment

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..