.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, October 31, 2008

~Demam sembuh 'terkejut'

D.E.M.A.M
pagi ni, badan lenguh-lenguh.. ~macam sakit sendi.. mata berbalam-balam ngadap laptop.. suhu badan terasa makin meninggi.. tapi aku *kesejukan*.. kalau la dapat lelap seminit dua, mesti nikmat..
>> semalam.. *kegelisahan*.. berselimut tebal, tapi masih terasa sejuknya.. kipas diberi 'cuti', tidak berpusing ligat seperti biasa.. tido berteman mimpi ngeri.. langsung tak lena.. mimpi itu dan mimpi ini.. nak makan panadol, tapi badan memang tak larat.. -ve thinking menguasai diri.. "badan takleh nak bangun..kepala berat.." akhirnya sampai ke sudah tak makan ubat.. betapa menunjukkan diri tak punya semangat yang kuat..

tengahari..
unit ICT kat tingkat 6 jemput ke jamuan raya.. urm, *complicated* betul.. aku ni staff unit ICT ke PITTIS Project ek..? nama aku kat unit ICT, tapi duduk kat PITTIS Project.. hehe, tapi sebenarnya mana2 pun sama kot.. err,
Faryza.. tolong jawab :p
dlm keadaan D.E.M.A.M, aku sebenarnya *takde perasaan* pun nak pegi jamuan raya.. tapi ni la masanya nak jumpa opismate2 kat sana.. baik aku amik peluang ni.. lambat2 berjalan membontoti bos, Puan Jamaliah.. bersama kak Q & Faryza..

saat kaki melangkah ke pejabat unit ICT, kitaorang sebenarnya terlambat dari masa yang sepatutnya.. telinga aku *menangkap* bunyi seolah nama aku disebut dgn pembesar suara.. eh, tak kot.. buat apa nak sebut nama aku dalam majlis raya kan..? tapi lepas tu nama Faryza pulak yang disebut.. OOoooo, nama kitaorg disebut sebab nak perkenalkan kepada staff yang lain sebagai staff baru.. hehe, dah keje 2 bulan, baru nak perkenalkan ye.. tu la, nama je staff ICT tapi duk kat PITTIS Project, mcm mana la ada masa nak jumpa staff ICT yang lain.. tambah2 pejabat pulak jauh2..

aku bayangkan bila dah sebut nama, tapi aku & Faryza takde kat situ, so kira abis mcm tu je la.. tapi saat je kitaorg sampai kat jamuan corner tu, pap..! automatically semua mata yang ada kat jamuan tu pandang kitaorg.. huhu, taktau nak wat action camner.. muka dah cuak abis bila MC suruh ke depan.. dah la malu sebab datang lambat..
"baru abis meeting yer.." MC tu kata kat kitaorg..
"hehe, bos je yang meeting..kitaorg berdua tak meeting pun.." tapi malangnya jawapan tu cuma dlm hati.. :p
bila dah ke depan, nama kitaorg disebut lagi sekali.. siap angkat tangan bila nama disebut.. buat orang gelak jer.. dengan secara spontannya, demam aku kebah serta merta.. serius..!! sembuh terkejut & segan.. pastu ada ucapan2 raya sikit, then start jamuan.. gabra punya pasal, aku yang dari pagi tadi tak selera nak makan pape, tetiba rasa nak makan semua juadah yang ada.. tambah2 ada sate.. yum,yum..

yang pastinya, kebanyakan staff unit ICT dah kenal dengan aku.. sesebab aku dah penah jalani Latihan Industri (LI) kat tempat yang sama 5 tahun lepas.. uish, dah lama tu.. tapi alhamdulillah, masih lagi kenal & boleh borak macam biasa.. kak ita still maintain kecik macam dulu..abg haikal, still bujang trang tang tang.. abg farid, dah dekat setahun kawen.. kak alin, dah ada anak sorang.. abg rizal, baru je menimang cahaya mata.. kak tipah, kak ani, kak jamaliah (my current boss), still maintain mcm dulu..kak Z pun, mcm terkejut tengok aku,hehe..ramai rupanya yang kekal keje kat sini.. ye la, 5 tahun bukan tempoh yang singkat.. lama jugak tu.. entah2 aku pun sama kot.. :) cuma kak jannah dah bertukar keje ke bank Islam & kak jurina dah balik keje kat Sarawak..

Thursday, October 30, 2008

~Makan-makan raya

ari ni.. 1 Zulkaedah 1429, pejabat tempat aku mencari rezeki mengadakan jamuan raya.. err, deeparaya la kiranya ni.. hehe, atau sebenarnya menyambut kedatangan Zulkaedah.. ni la sajian yang *terpapar* depan mata kami semua & selamat *terjun* dalam perut kami.. cukup meriah..













Wednesday, October 29, 2008

~useless

when you do nothing.. then you will got *nothing*..
ibarat di sebut..
yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang..

tanpa usaha, jangan pernah engkau mengayam mimpi..
tanpa keringat, jangan sesaat engkau berangan menggunung..
hey..!
berhenti lah..
buka mata, buka telinga & buka minda..
kembalilah engkau..
ke dunia ini..
yang bernama REALITI.

Tuesday, October 28, 2008

~Catatan Buat Diri..



لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين


“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”
(Surah Al-Anbiya' ayat 87)

doa di atas boleh diamalkan selalu agar terlepas dari kesulitan. Nabi Yunus ketika beliau pergi dalam keadaan marah disebabkan umatnya yang tidak mendengar dakwahnya, Nabi Yunus dipertemukan ALLAH dengan kesengsaraan di laut dan ditelan ikan besar. Dalam perut ikan tersebutlah Nabi Yunus menyesal dan berdoa kepada ALLAH. Doanya dimakbulkan ALLAH dan terselamat apabila ikan besar itu terdampar di pantai.

P/S : aku amalkan time otak tgh *jem* masa buat keje kat opis..


~Pasti ia boleh..


When someone tells you that you can't do something...

Look around...


Consider all options...


Then GO for it!


Use all the things God gave you!
Be creative!

In the end, you will succeed and prove them wrong!


Always remember

'Nothing is impossible, if your heart is willing'

sumber: http://bersamasuzana.blogspot.com/

Sunday, October 26, 2008

~again & again

bicara hari ini.. ~bicara tentang hari semalam

again..
and again..
hmm.. hinggakan aku jadi buntu.. iye, ia disebabkan aku.. aku yang memulakannya.. aku yang terlalu penakut.. takut memulakan langkah.. err, ntah la.. apa boleh aku lakukan lagi..

Friday, October 24, 2008

~Celoteh mak nenek

malam ni aku bakal pulang ke negeri tercinta.. sekejap je rasa masa berlalu.. dah 3 minggu tiket bas terselit diam di dalam purse aku.. rasanya, ramai jugak kot yang ambil peluang untuk balik minggu ni.. bukan mudah nak dapat cuti direct 3 hari.. :) dulu berniat nak jeleskan faryza.. konon2 aku nak balik kampung.. hehe, rupa2nya dia pun bakal balik bertolak balik pagi esok.. tapi yang penting, aku akan sampai dulu.. :p maaf yek faryza.. anyway, kita baru kenal tak sampai 2 bulan, but i think mcm dah lama je kenal ~u know me a lot,thanx..

makin hati *ghairah* untuk balik ke kampung.. tiba-tiba, banyak pula kerja yang diterima.. hmm, dateline pula singkat ~memerlukan kerahan *minda* yang agak banyak & berterusan.. otak ligat *berfikir*, mampukah aku..?? ~muka bos pun dah serius semacam.. "make sure this task 'done' on tuesday.. any issue, please ask me.." err, gerun pun ada.. ok, try and try.. tak cuba, kita tak tahu kan..? so, try & error.. belajar dari kesilapan..

oh ya.. semalam aku dah selamat membuka akaun ASB.. yup, agak *terlewat* sebenarnya dlm usia sebegini.. seharusnya, aku dah lama menabung dalam ASB.. cuma memandangkan tiada budget yang boleh diperuntukkan, maka semalam baru terlaksana.. sebelum ini, hanya sekadar menabung di Tabung Haji.. alhamdulillah, ada la sedikit simpanan.. dan sedikit simpanan di Amanah Saham Wawasan 2020.. dulu, lebihan duit PTPTN sebanyak RM20++ biasanya cukup digunakan untuk 4-5 bulan.. malahan, masih boleh dibawa baki ke semester seterusnya.. ~sebab tu orang selalu kata aku *kedekut*.. hehe, selalunya my dear bro yang kutuk macam tu.. tapi sekarang dengan gaji RM1+++ sebulan, aku agak *semput* nak mengagihkan & berbelanja.. serasa tidak mencukupi..!! aduh..! masih tidak bersyukurkah aku?


inilah manusia.. sebanyak mana yang diperolehi, masih belum mampu penuhi keperluan diri.. makin banyak yang dia dapat, tidak akan pernah mencukupi.. *tamak*.. *rakus*.. tak perlu menuding jari pada orang lain, cukup empat jari kembali menuding diri.. ingin itu dan ingin ini.. untung juga aku diajar tidak dimanjakan sejak kecil.. minta sekali, tak dapat.. minta dua kali,pun tak dapat.. minta kali ketiga, juga belum tentu dapat kecuali ia benar-benar penting & perlu.. aku pula jenis *diam*.. sekali ditolak permohonan, aku lebih suka diam.. bila keadaan dah terlalu mendesak, barulah aku akan bersuara kembali.. tapi biasanya, dapat la.. hehe..


"Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH
Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."

Thursday, October 23, 2008

~Invitation

alhamdulillah..
bakal bertambah satu lagi pasangan bertunang 27hb ni.. tahniah buat adik2 akak ni, amir & nini.. akak tumpang gembira.. syukran jaziilan kathiran atas invitation ke majlis pertunangan.. sayangnya akak masa tu di bumi terengganu.. :) tengah nak manja2 dengan my dear mom & dad.. hehe..

mudah2an amir & nini berbahagia selalu.. dah nak masuk tempoh *darah manis*.. orang kata banyak dugaan kan..? tapi taktahu pulak betul ke tidak.. :p maklumlah, orang yang tengah menulis ni pun takpenah lagi rasa saat2 macam tu.. apepun, hope berbahagia selalu.. urm, apa lagi ye nak cakap.. hehe, speechless jadinya..


Tuesday, October 21, 2008

~Diam itu bagus

bicara hari ini.. ~bicara tentang perasaan

aku pendiam..? iye.. aku akui.. aku kecoh..? iye, aku juga boleh akuinya.. maksudnya, aku boleh jadi an extrovert & introvert person at the same time.. itu jawapan yang aku perolehi saat membuat ujian personaliti.. err, 3 tahun yang lepas seingat aku.. tapi kedua2nya bergantung kepada masa, situasi, orang sekeliling & macam2 faktor lagi.. urm, lupakan tentang extrovert.. dan lupakan juga tentang introvert..

cuma aku lebih suka menjadi orang pendiam.. pendiam buat aku jadi lebih selesa.. lebih tenang.. lebih fleksible dalam banyak keadaan.. diam juga bermakna aku banyak menyimpan rasa.. iye, diakui, aku banyak bercerita pada orang yang aku rapat.. secara khususnya, pada orang yang aku percayai..

dalam satu keadaan, aku suka orang tau segalanya tentang aku.. tentang sifat aku & keluarga aku.. tapi ada-ada masanya, kita perlu *bersembunyi*.. biarlah orang cuma kenal kita.. ~hanya semata-mata kita.. kerana, ada waktu & ketika, bila orang tau segala-galanya tentang kita, akan buat kita jadi *tersepit*.. hmmm, its hard.. really hard..

~jadi.. diam la kita dlm masa-masa tertentu.. simpan semua rasa & rahsia hanya dalam diri kita.. secara tersiratnya, ada hikmah disebalik semua ni.. agar saat2 *tersepit* itu, kita punya reason untuk berfikir.. ~apa tindakan kita bagi meleraikan kekusutan yang ada.. :) secara tak langsung, membantu otak kita menjadi lebih aktif.. tabahlah hati.. tenangkan perasaan.. sesungguhnya, Allah Maha Penyayang..

~Musim sakit-sakit

bicara hari ini.. ~bicara tentang hari semalam

akhir-akhir ini, mendung hampir setiap petang.. urmm,bukan mendung, tapi hujan sebenarnya.. disertai dengan 'sahabatnya' sekali, gandingan si guruh & si kilat.. kadang-kadang berlanjutan hingga ke malam..

saat-saat macam inilah timbulnya musim sakit-sakit.. yang tak bersentuh hujan pun boleh demam.. apatah lagi yang lencun bermandi hujan.. ~kesian.. kifarah dosa mungkin.. yang tak didatangi demam, didatangi pula batuk2 keras.. paling tidak pun, mungkin dijangkiti selsema.. alhamdulillah, setakat ini, aku masih lagi *gagah* dari dijangkiti semua itu.. tapi, tetap terasa bahang si *penanggung sakit*.. apa tidaknya, mendengar batuk keras orang kesayangan, seolah turut menerkam ke dada sendiri.. melihat si kecil terkulai menanggung suhu badan yang panas, buat aku termenung sedetik.. ~tambah2 pula demam tika musim peperiksaan menjengah.. aduh..

tapi bercakap soal sakit, aku teringat satu artikel simpanan aku.. tentang nabi Musa a.s...

Suatu ketika Nabi Musa a.s. mengalami sakit gigi. Oleh kerana kesakitan yang amat sangat dan tidak tertahan, maka Nabi Musa a.s. pun mengadu kepada Allah SWT. Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Musa a.s. supaya mengunyah sejenis daun.

Nabi Musa a.s. menuruti apa yang diwahyukan oleh Allah SWT itu. Tidak lama selepas itu sakit giginya sembuh. Di waktu lain Nabi Musa a.s. mengalami sakit gigi semula lantas Nabi Musa a.s. mengambil daun yang sama dan mengunyah daun tersebut seperti sebelumnya. Anehnya kali ini sakit gigi Nabi Musa a.s. tidak sembuh seperti sebelumnya. Nabi Musa a.s. melakukannya berulang kali namun sakitnya tidak juga berkurangan. Maka Nabi Musa a.s. bermunajat kepada Allah SWT apa yang dialaminya itu. Allah SWT memberi jawapan kepada Nabi Musa a.s.:


"Wahai Musa, ketika kali pertama engkau sakit gigi dulu, engkau mengadu kepada Aku, lalu Aku sembuhkan kerana sesungguhnya Akulah yang mendatangkan penyakit dan Aku juga menyediakan ubatnya dan aku juga yang menyembuhkan. Apabila sakit gigi engkau itu berulang lagi, engkau terus saja mengunyah daun tersebut sebagai ubat tetapi engkau tidak mengadu kepada Aku seperti kali pertama engkau sakit gigi dulu."

mudah-mudahan kisah ini dapat dijadikan panduan.. ahh, aku juga hari ini dilanda penyakit hari ini.. ~ketandusan idea.. otak *ligat* berfikir, apa teladan harusku masukkan dalam entri kali ini.. hmm, kosong.. sekosong hati aku saat ini..

Monday, October 20, 2008

~Monday mood..

bicara hari ini.. ~bicara tentang hari semalam

2 hari cuti hujung minggu di rumah buat aku rasa mim alif lam sin untuk bekerja hari ini.. tambah2, faryza masih lagi cuti berkahwin ~esok baru masuk office.. nazim cuti sakit ~menjaga ayahnya yang sakit.. kak sham pula agaknya MC.. dari minggu lepas perut meragam akibat gastrik.. teman2 yang lain ada, cuma meja yang agak senggang buat *batasan* untuk aku bergosip2.. tinggal la aku keseorangan *mati kutu*.. tapi sempat diberi task oleh nazim pagi ini.. apepun, lunch hour, sempat menitipkan kata di blog tersayang..

sedang mata tertumpu pada skrin SAP, ym aku disapa oleh *princess permata 39* nun tinggal di keratong..
"akak, bz ek?" tak sempat jari jemariku nak menaip balasan, si gadis manja disana terus-terusan menaip,
"akak tengah buat apa?"
"dah makan?"
"saya boring la"
"takpelah kalau akak bz.. takde sapa nak layan saya" laa..cik adikku sayang ni memang cepat merajuk.. tapi aku dah cukup imune dengan sikapnya.. manja.. nakal.. pantas berkecil hati.. sempat berbalas 2-3 cerita.. rindu nak bertemu mata dengan adik2 *princesses permata 39*.. rindu saat indah itu.. penuh suka & duka yang tak pernah luput dalam ingatan.. sentiasa *hidup* dalam galeri kenangan aku..

tiba2 aku rasa macam sedih.. agak sedih.. bertandang ke blog Wan, mata tertancap pada entrinya yang terbaru... Wan mendapat panggilan temuduga 30 oktober ni sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DG41.. sedang aku..?? hanya mendapat *berita sepi*.. mungkin belum rezeki.. aku kan sudah bekerja.. cuba kenangkan masih ada insan lain yang masih mencuba nasib.. *cuba memujuk diri*.. ok, tenang.. tenanglah hati.. tenanglah perasaan.. tapi *gagal*..empangan air mata *tiris* sedikit.. saat ini, kepala hanya memutarkan wajah manis my dear mom.. saat duka, itulah antara penawar paling mujarab buat aku.. ahh, cepat lah datang hari jumaat.. kepingan kad putih bernilai RM29.80 tersimpan kemas dalam purse.. petanda aku bakal *balik* ke Terengganu.. ~tak sabar

Saturday, October 18, 2008

~my weekend (",)

bicara hari ini.. ~bicara tentang hari semalam

hari minggu.. aku sepatutnya memenuhi satu jemputan perkahwinan, namun atas amanah menjaga anak2 buah, terpaksa ku lupakan hasrat itu.. sementelah juga, aku buntu tak tau ingin menumpang kereta siapa.. my dear bro & wife ada tuntutan yang lebih wajib.. maka aku cuma titipkan hadiah buat pengantin baru.. ~itupun berkongsi dgn kak sham sebenarnya.. jangan kecik ati ye faryza & johan.. kita merancang, tuhan yang menentukan.. setelah *penat* merancang dan merancang, akhirnya tak dapat jugak nak jejakkan kaki ke putrajaya.. orang demam pun still tak berapa ok.. ditambah pula *perang* kecil.. hehe, lumrah hidup..

semalam, aku menerima sms dr seorg *princess permata 39*, dikhabarkan berita gembira tentang majlis pertunangan seorang lagi *princess permata 39* pada minggu hadapan,25 oktober 08.. hanya satu perkataan mampu kulafazkan, *alhamdulillah*.. dah sampai seru.. hmm, tak lama lagi mesti sampai kad jemputan pulak, heheh... bertambah lagi koleksi kad jemputan aku..

hari minggu kupenuhi dgn bermacam2 perkara.. actually, byk dihabiskan membelek majalah kesayangan.. beli setiap minggu, tapi tak sempat pun ku khatamkan isinya.. hehe, macam bz sangat je lagaknya.. sempat mata melirih pada kaca televisyen, cerita krishh.. mulanya langsung tak berminat, tapi di akhir kisahnya, dia balik bertemu neneknya.. aduhai, rindu pulak pada my dear grandma nan seorang tu.. tambah2, raya yang lepas, tak sempat pun nak bertemu mata.. sedang dia, tak pernah lupa bertanyakan khabar aku & adik beradik yang lain ketika berbual di corong telefon dgn my dear mom.. walaupun usia dah mencecah 80-an, tapi my dear grandma masih gagah meniti waktu.. tunggu la, ada ruang masa yang agak panjang, teringin nak balik kampung di kemaman.. :) tapi bila yek?hmm.. cuti tahun ini cuma berbaki 4 hari sahaja.. kalau dikira, hanya cukup utk diperuntukkan kepada waktu2 kecemasan..

aisey.. rasa mcm ari ni terlebih *sopan* menulis.. tatacara aku menulis byk bergantung pada emosi dalaman aku.. hati aku sebenarnya agak tenang ari ni setelah satu peristiwa.. akibat tak prihatin dgn perasaan orang, aku menanggung resah diburu rasa bersalah.. secara terangnya, ada orang merajuk dengan aku.. :p maaf yek, tak terniat pun.. silap aku, bergurau tak bertempat.. agaknya orang demam ni perasaannya menjadi agak sensitif kot.. tapi mujur rajuknya tak berpanjangan.. tenang rasanya hati aku..

malam ini, athirah demam.. yang lain2 sibuk menelaah lantaran minggu peperiksaan bakal menjengah bermula isnin ini.. si kecil amirul makin 'jinak' dgn aku.. dulu, cuma dpt bergurau dari jauh *pantang disentuh*.. kini, terlalu banyak ingin diceritakan tapi pelatnya menuntut aku 'berfikir' agar dapat memahami tiap patah perkataan yang nak disampaikan.. mandi disebut *mati*, kakak bertukar *tatak*, sayang menjadi *tayang*, kucing dipanggil *tucing*.. hehe, bila bercakap dgn dia, aku & yang lain2 sering kali diulit tawa..

malam kian larut.. dalam hati, aku ingin mencoretkan *bingkisan istimewa* buat pengantin baru.. masih mengumpul idea.. mungkin esok sahaja jemariku bergerak.. selamat malam.. :)

Friday, October 17, 2008

~Khilaf 'aku'...

bicara hari ini.. ~bicara tentang semalam

dan ternyatalah...
yang setia adalah 'engkau'...
yang tewas adalah 'aku'...
yang tersurat telah dilupakan..
yang tersirat terus diabaikan..
'engkau' tegar melewati waktu..
'aku' alah dgn perjalanan masa..

'aku' & 'engkau' kini berbeza dunia..
when the game ended, nothing to count anymore..
*game over*

finally,
i leave all..
i carry mine.

P/S: coretan rasa penulis blog..curahan ilham dari teman rapat

Thursday, October 16, 2008

~Hari demi hari

bicara hari ini.. ~bicara tentang hari semalam & hari ini

dulu lain, sekarang lain.. dulu belajar, sekarang bekerja.. dulu main2, sekarang i must do it seriously.. masuk ari ni dah dkt sebulan setengah bekerja di bumi Pos Malaysia ni.. rasa macam baru masuk semalam.. baru je nak 'berkenal kenalan' dgn Mr. SAP & Mr. ABAP.. and today, aku dah makin rasa serasi kerja di sini.. nice environment.. nice officemates.. nice job.. i do like it.. :) tambah2 dapat pulak 'geng sekepala'... memula memasing baik je.. bak kata omputih, pijak semut pun tak mati.. tapi sekarang, pijak cicak, mmg mati katak la cicak tu jawabnya.. hehehe..

aku dah ada teman bercerita kat sini.. pantang ada masa luang jek, bergossip la kitaorg.. tapi gossip hal2 peribadi sendiri je.. takde nak cakap2 psl org lain.. betul tak Faryza? :) mengekek2 kitaorg berdua ketawa.. huahuahua.. tu la gayanya bila org still dlm mood *kanak-kanak ribena*.. :p tu tak masuk lagi dgn kak sham & nazim..

banyak bezanya bila dah keje dgn time belaja dulu.. everything's change.. my dear mom always ask me @ actually most tell me,
"keje ok tak? keje baik2.. bagi sepenuh perhatian.. kalau tak, dapat gaji buta namanya.. jangan banyak main.. kalau boleh, masuk keje biar awal sikit.. balik, jgn la balik on time.. abiskan mana2 keje yang patut.. keje kena ikhlas.. jangan banyak merungut.. jangan nak jaga tepi kain orang lain.. kalau taktau nak buat keje, tanya orang.. jangan diam je.. mulut tu petahkan sikit.. "
urm..banyak lagi.. mana la my dear mom tau aku ni 'berat mulut' ek..? hehe..mana ada mak yang tak kenal anak kan?? :)

but..
today aku tak berapa nak ok.. kepala mcm **toingg toingg toiiiinnnnnggg.... kebabomM..!!** something wrong somewhere.. taktau la kenapa.. faryza naik pelik tengok aku.. aku dah blur semcm je.. ala2 tak berapa nak centre.. astaghfirullah, apa nak jadi ni..? nak debug program pun, asyik nak terminated je.. tak faham & tak tau, kat mana silapnya.. step dah betul dah.. ok, rileks.. rileks.. istighfar byk2.. ~ni mesti banyak sgt fikir perkara lagho..

hmm..finally, maybe instintc ~or maybe not @ kebetulan... ada 'orang' demam rupanya ari ni.. sbb semalam lencun bermandi ujan.. moga cepat sihat yaa..

Wednesday, October 15, 2008

~Secalit kata

bicara hari ini.. ~bicara tentang perasaan

andai ada gerimis yang melampias di jendela itu, biarkan... ia hanya sekadar ingin meleraikan rindu yang membeku..
andai tidur malam diganggu angan-angan, biarkan... ia hanya sekadar ingin menemani hati buat seketika.. agar kesunyian itu dihambat menjauh..
andai ada suara berbisik menggoda, endahkan sahaja.. ia hanya sekadar bisikan 'si tanduk' yang tak jemu menyesatkan si penghuni maya..

terima kasih atas *kesetiaan* itu..
tak jemu2 menyimbahkan kasih yang hampir ditepis lembut..
atas sebuah janji itu, akhirnya membulat sekalung impian..
terima kasih atas *pengorbanan* dan *kesungguhan* indah itu..
takkan ternilai dengan apa-apa sekalipun..
tak mampu diungkap betapa berharganya pengalaman itu..
terima kasih jua atas sebuah *penantian* nan perit itu..
namun bersabarlah..

mudah-mudahan hanya sedetik cuma penantian itu bakal berakhir..
entah bila, si pengemis rindu yang naif juga masih mengintai jawapan..
hanya DIA Yang Mengetahui..

mudah-mudahan..
kan bisa dikecapi sesuatu itu..
yang bergelar KEBAHAGIAAN...

(^_^) monolog seorang aku

~Selamat bertunang

bicara hari ini.. ~bicara tentang hari semalam

sabtu lepas (11 oktober 08), selamat la sahabat aku yang sorang ni bertunang, Nurliyana vs Rozali di pasir gudang.. alhamdulillah.. aku tumpang gembira, tumpang hepi.. apapun sori ek tak dapat nak datang.. jauh plus taktau nak pi dengan apa.. insyaAllah time kawen aku datang ye yana.. kawen la cepat2, hehe..
urm, aku tak banyak tau kisah cinta korang.. dengan oza pun aku penah jumpa sekali jek kan.. tapi cerita di awal perkenalan korang, rasanya ada la kot aku simpan sikit2 dalam poket aku.. :) akhirnya, tiba juga saat yang manis ini.. again,congratz.. mudah2an kasih sayang berkekalan..cepat2 dilimpahi kasih mawaddah wa rahmah... you look very beautiful that day.. suka aku tengok.. :)


Tuesday, October 14, 2008

~Terima kasih sayang...

bicara hari ini.. ~bicara tentang perasaan


terima kasih di atas kesabaran itu...
terima kasih kerana sanggup menahan kesakitan itu...
terima kasih di atas didikan itu..
terima kasih di atas kemarahan itu...
terima kasih di atas cubitan itu...
terima kasih di atas air mata itu...
terima kasih di atas penat lelah itu...
terima kasih di atas pengorbanan itu...
terima kasih di atas senyuman itu...
terima kasih di atas kesedihan itu...
terima kasih di atas anugerah terindah itu Ya Allah..
terima kasih atas segala-galanya..
terima kasih buat insan bergelar MA & AYAH...
kalian adalah yang terindah.. **dunia & akhirat**

Monday, October 13, 2008

~Gelagat manusia,teladan kita

bicara hari ini.. ~bicara tentang hari semalam & hari ini

everyday,dlm perjalanan nak pegi keje, aku suka perhatikan gelagat orang sekeliling... ada yang naik motor, ada yang naik kete, ada naik van... ada naik kete besar, ada yang naik kete kecik... ada jugak yang pakai kereta nasional, ada yang naik kereta import.. macam2 gaya, macam2 gelagat...

semalam, masa pegi pusing2 open house kat sekitar gombak,seremban & bangi... hujan lebat sangat... aku terpandang satu motor yang dibonceng sorang pompuan ~wife dia la kot (dlm ati aku kata) sambil pegang payung... aiyok, nasib baik tak terbang payung tu... bila kete yang aku naik tu melintasi moto tu, Ya Allah... ada baby rupanya atas pangkuan mak dia... kesiannya..! baby tu aku agak2 baru dlm 2-3 bulan umur dia... urm, dlm ujan lebat camni, cuma moto yang jadi alat pengangkutan diaorng.. **tersentuh** sebab aku tak penah rasa semua ni.. aku naik motor pun bila dgn kawan2.. my dear dad dah berapa lama tak sentuh moto sejak dah mula pakai kete.. ~almost 30 years i guess... idup aku dari kecik sampai besar, mmg naik kete je.. ~bukan bermaksud dimanjakan, mungkin atas dasar kemudahan @ keperluan yang mampu ditanggung.. skrg ni pun my dear dad still setia dgn iswara 1.3 dia tu.. *sayang katanya* urm.. tak dapek nak kato apo2 laie dah.. :) but soon, aku harap my future child tak perlu naik moto mcm baby tadi.. biarpun kereta kecik, aku+bakal pasangan <*wink*> akan cuba sediakan, insyaAllah...mak aih, merancang tuu.. tak tahan betul.. :p

dan pagi tadi, dalam satu kereta, pap..! aku terpandang sorang girl ni, tgh bawak kereta.. manis je orangnya... tapi.... ~ish ada tapi pulak ye? urm..kat celahan jari telunjuk dan jari tengahnya terselit nan indah sebatang rokok..!! aisey...rosak pemandangan permai mataku...
ok..ok..aku tahu, aku tak sepatutnya amik tau hal orang lain.. tapi bukan terniat nak jaga tepi kain org, but... tak manis kan? pada lelaki, aku no komen... **but if lelaki tak merokok,laaaagi aku suka** :) cuma bila tengok orang perempuan merokok, it's weird... sebab pada aku, org perempuan penuh dgn kelembutan.. tak sesuai sesuatu yang berasap ada kat mulut... lagi manis kalau org perempuan ni 'berasap' dekat dapur... menyediakan sesuatu dr air tangan untuk yang tersayang... *erk..melalut ke ni?*
ok.. let me try think positive.. mungkin jugak dia merokok dengan *bersebab*... hmm, ada ke rokok yang bersebab?? mcm posa, boleh la ponteng if uzur, sebab mengandung, sebab menyusukan anak dll.. tapi merokok ada ek mcm tu? atas alasan kesihatan..?? hahaha, orang tu mmg buat lawak.. :p dah sah2 rokok tu membahayakan kesihatan, takde maknanya dia nak berkawan baik dgn rokok tu... akhirnya, aku rasa mmg tak mampu nak think positive psl ROKOK..~ mmg sewajibnya takleh think positive pun..sori..

Saturday, October 11, 2008

~Ayat-ayat cinta.. :p

bicara hari ini.. ~bicara tentang hari semalam

ini bukan kali pertama aku tengok filem Ayat-ayat Cinta.. dah masuk kali ke-3 pun.. tapi tu la, ni satu2nya filem yang aku rasa mmg bagi something different for me.. citer yang buat aku tersentuh.. seriously, aku akui aku mmg agak **keras hati**.. sori, aku mmg susah nak bagi air keluar dari mata aku... tapi filem ni dah buat aku 'malu'!!

kebanyakan filem lain biasanya just ada satu part je yang buat org menangis.. ~pandai2 je aku judge, padahal aku bukan selalu tengok cerita pun... biasanya kat ending cerita la kan... tapi filem ni pada aku ada byk part yang boleh buat org terharu..
  • time 'kawan sepenjara' Fahri menasihati Fahri saat dia terlalu down dituduh merogol Noura.. dia menyentuh tentang kisah Nabi Yusof a.s yang dituduh oleh Siti Zulaikha.. namun dia redha andai penjara mampu dekatkannya dengan Allah daripada bebas di luar bersama manusia hipokrit
  • of course time Aisha memujuk Fahri mengahwini Maria.. "Jodoh itu rahsia Allah".. tap!! memang mampu menyentap hati sesiapapun.. saat paling menyedihkan bila Fahri menyebut "Aku menyintaimu Maria" di hadapan Aisha..
  • Saat Fahri memujuk Aisha yang cuba untuk 'menyendiri' buat seketika dalam usaha untuk menerima kenyataan Fari telah mengahwini Maria.. "Ikhlaslah Aisha dalam menerima semua ini dan aku butuh kamu untuk berlaku adil"
perempuan tidak penah meminta dipuji melangit atau disanjung yang amat sangat oleh seorang lelaki atau lebih selayaknya lelaki bergelar suami.. pada aku, cukup sekadar andai diberi satu ruang istimewa dalam hati lelaki.. disayangi serta dibimbing..

P/S: blog sekadar luahan hati penulis... adakalanya mungkin bercanggah dengan pendapat individu lain...

Friday, October 10, 2008

~Al-Fatihah

Al-Fatihah..
buat ayahanda tercinta kepada sahabatku,
ZARIFAH BT ZAINAL
atas kembalinya ayah beliau ke Rahmatullah pada 1 Syawal yang lepas..
mudah mudahan rohnya dicucuri rahmat
&
tergolong di kalangan orang2 beriman..
amiin.
P/S : buat Zarifah..moga tabah menerima suratan.. dia lebih disayangi-Nya.

~Hari ini...

bicara hari ini.. ~bicara tentang hari semalam & hari ini

dalam perjalanan ke tempat kerja tadi, aku ditemani pengacara celoteh si Fafau ... si FBI takde pulak ari ni.. biasanya aku mmg boleh terhibur dgn celoteh diaorang ni... tapi bila berada di luar konti, dikatakan diaorg ni sebenarnya masuk kategori pendiam.. ~ takde la celoteh mcm kat konti... heran kan?? ye la..kalau diaorang tu kategori pendiam, camne ada pulak diaorg ni boleh cam ok je nak hiburkan pendengar HotFM tu.. eceh, aku ni cam nak promote HotFM pulak..

apa pun, aku rasa Panggilan Hangit tu boleh jadi *terapi ketawa* atau sekurang2nya *terapi senyum*... sebab apa? sebab org yang agak serius perwatakannya dalam idup seharian dia, boleh tersenyum @ tergelak bila dgr Panggilan Hangit tu... ~ serius, tak tipu.. sebab ada bukti dpn mata aku :) pada aku, itu mcm 1 kejayaan la jugak walaupun sebenarnya Panggilan Hangit tu mcm mempersendakan orang lain.. mempermainkan orang lain... huuu... kalau org yang terkena Panggilan Hangit tu tak redha dgn apa yang dia dah terima, selagi tu ada pihak yang akan terus menanggung dosa.. erkk, mcm mana pulak dgn status org yang mendengar ni?? kira mcm subahat la ek..nau'dzubillah..mcm mana yek..? hmm, ni nak kena tanya org yang lebih pakar pasni...


hmm.. tadi bercerita psl Fafau yang celoteh di konti tapi pendiam di luar konti.. aku pun ada jugak la jumpa orang mcm ni.. kadang2 orang pendiam ni sukar nak dijangka..kata orang, diam2 ubi ni diam berisi.. ada betul la jugak kot.. cuma kita la pulak yang nak kena bersedia.. sebab diaorang ni kadang2 unpredictable.. yes, very unexpected..!

al kisah ceritanya sorang Hamba Allah ni..~mmg aku kenal la.. dia ni mmg boleh dikatakan masuk kategori pendiam.. mmg pendiam.. kalau nak borak2 dgn dia, kita nak kena fikir, nak cakap apa dgn dia... hehe..otak nak kena aktif la kiranya.. masa dia penah masuk training, sampai trainer dia tegur " jangan la pendiam sangat. bukak sikit suara tu..awk tu nanti nak keje dgn customer" haa, amik.. cam kena shock pun ada, tapi dia senyum je la.. tu je la modal dia.. ~senyum :)

tapi... dia pendiam yang penuh mesra.. erkk? macam tu la lebih kurang.. sebabnya mcm ni.....
satu hari Hamba Allah ni pegi la umah kawan dia... nun jauh kat sana... kononnya nak gi beraya la.. dia mmg sangat pendiam, tapi lama jugak la dia boleh lepak2 kat umah kawan dia tu.. urm, aku pun jadi konpius, apa dia buat ek?? hehe, sbb aku pun kdg2 leh jadi speechless kalau duk umah org lama2... dah tu, ni la first time dia pegi umah kawan dia tu.. kalau dah biasa pegi, takpe la kan.. selepas 3 jam, then dlm kul 12 tghari, kawan dia ni nak pegi majlis kawen.. tapi si Hamba Allah ni selamba jek.. takde tanda2 nak balik.. eh, dia ni biar betul... sepeninggalan kawan dia ni dlm 3 jam la jugak, Hamba Allah pi solat kat masjid sama2 dgn ayah kawan dia, then balik makan tengahari sama2.. sambil menambah2.. berselera betul dia.. camner ek dia boleh kawal suasana..?? :) heheh... heran jugak aku dibuatnya bila dgr cerita...

2-3 hari selepas pengalaman Hamba Allah tu, aku tanya la dia "camner boleh dengan 'seronoknya' duk kat umah tu lama2? tak rasa kekok ke?"
dia jawab, "ntah la..first time sampai, rasa macam dah biasa bertandang je.. so wat macam biasa je.."

laaa..boleh pulak macam tu ye.. hehe, terpana aku dengan jawapan dia.. :)
tu la alkisahnya...

Thursday, October 9, 2008

~Inilah dunia nyata

bicara hari ini.. ~bicara tentang hari semalam

kesian..sangat kesian..dia sebenarnya menjadi mangsa...kelembutan buat dia ditindas..kelembutan buat dia dipijak kepala..kelembutannya dianggap dia lemah..kelembutannya buat dia dipaksa meninggalkan sesuatu yang masih miliknya..kini dunia hanya menunggu saat *kemusnahan* dalam diam..tunggu la..pasti selepas ini *meletup* lagi pelbagai cerita..
~aku hanyalah pemerhati kerdil

Wednesday, October 8, 2008

~Hard to please everyone's need

bicara hari ini.. ~bicara tentang hari semalam


Amat sukar utk memuaskan hati setiap orang. Antara kehendak diri dengan keinginan orang terhadap kita, yang mana satu perlu diberi keutamaan? Bagi sesetengah orang, mestilah didahului kehendak diri..right? Pedulikan tentang keinginan orang lain. Janji keinginan diri dapat dipenuhi *satisfied* Tapi pada sesetengah individu lain, tentunya sedaya upaya nak memenuhi permintaan orang lain...sebolehnya taknak hampakan permintaan orang lain disamping nak penuhi jugak permintaan hati sendiri. “Forget what other people want from you or expect. You only get one chance…..” (lupa pulak mana aku dapat quote ni) tapi kalau nak ikutkan ayat ni, abih la. Mesti timbul konflik. Maksud aku, is that our decision is the best or semua tu cuma ikutkan perasaan kita?? Bak lirik nasyid, "pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yang hakiki..kalau hati itu bersih.." kalau tersilap buat keputusan, bukan je buat org lain merana, tapi diri kita sendiri...natijahnya, terimalah padah atas keputusan yang SILAP tu... It is fun to make wrong decision..??

Sukarnya untuk diselami hati itu..apa yang kau mahu sebenarnya?? beritahu aku.. ~
>>> Aku mahu itu
+++ Kenapa itu yang kau mahu?? Kenapa tak kau minta dr orang lain?? Kenapa aku??
>>> Aku tak mintak banyak. Cuma yang 1 itu sahaja. Apa sukar benar utk kau tunaikan?
+++ Memang sukar..kerana hanya itu yang aku ada. Takkan semudah2nya aku boleh berikan pada orang lain..
>>> Apa aku tidak layak??
+++ Ada aku beritahu begitu??
>>> Lantas..kenapa terlalu banyak dalih??
+++ Kau takkan pernah faham
>>> Bagitahu aku...! Belum kau nyatakan, awal2 telah menuduh aku tidak faham
+++ Setiap kali aku nyatakan sebabnya..pasti kau menentang..pasti kau menolak mentah2..ada kau jaga hati aku?? Apa hanya hati kau yang perlu dijaga??

* diam *
* masih terdiam *

+++ Terima la hakikat. Setiap reason yang aku bagi kau anggap sebagai *alasan*..lantas apa lagi harus aku katakan??
>>> Hmmm...


"Dan boleh jadi kamu benci sesuatu
Sedang ia lebih baik bagimu
Dan boleh jadi kamu mengasihi sesuatu
Sedang ia melarat bagimu
Dan Allah mengetahui sedang kamu tidak ketahui"
(Al-Baqarah: ayat 216)

Monday, October 6, 2008

~Catatan Syawal...

bicara hari ini.. ~bicara tentang hari semalam

3 hari sebelum raya
aku selamat sampai kat umah kul 4 petang.. wpun bertolak ul 4.30 pagi dr KL..tapi transit dulu kat Kemaman.. kat umah baru my dear bro.. sempat la kemas2 dulu umah dia...mop lantai,pasang langsir...perghh, mmg rasa suasana raya la.. ~dlm hati, melonjak2 nak cepat samapi kuala terengganu..tapi takpe..sabooor je la..

sampai kat umah...petangnya aku serbu bazar ramadhan.. mengintai2 makanan yang berkenan kat mata.. melayang jugak la duit..bukan duit aku..tapi duit akak ipar aku..
apa taknyer.. borong air coconut shake sampai 11 gelas.. malamnya..aku jalankan tugas tak rasmi aku seperti biasa.. apa lagi, layan bebudak main bunga api.. sempat gak la aku pow barang sebatang dua bunga api tu.. kalau aku yang tak melayan, mmg kempunan la bebudak tu nak main..sbb org lain malas nak layan..

1 Syawal 1429H
habis..
ranap aku punya plan sambut raya dengan tema purple tahun ni..
sebabnya family my dear bro dah selamat ke Kemaman..sambut raya sebelah akak ipar aku...
huuu...tema purple aku sebenarnya mmg sekali dgn family my dear bro..family my dear sis pulak tema biru tahun ni...tapi takpe la.. ingatkan still boleh lagi beraya wpun tanpa diaorg..rupanya tak jadi jugak...
SEBABNYA...
baju my dear mom tak siap..!!! eksiden sikit..huhu..
aduh..mmg hancur..
at last..tema purple bertukar jadi tema PUTIH.. itupun jadi la..
maka dengan secara rasminya aku pakai jubah yang my dear mom belikan masa dia gi haji tahun lepas... hehe..sebelum ni sebenarnya tak berani nak pakai sbb ramai org kata jubah tu cam *comel* ... erk..sesuai utk majlis tunang.. **kata orang la** aku ni cepat jek nak terima pandangan orang.. :P

tapi alhamdulillah..
aku dapat merasakan kemeriahan raya tahun ni..
balik je semayang raya, family my dear sis datang.. maka bersalam salaman la kami..
anak sedara aku mmg raya sakan.. tadah tangan je keje diaorang.. first dr my dear mom..pastu dr my dear dad..then dr my dear sis..lastly, kopak la poket aku dgn hati yang gembira..hehe..
seterusnya aku mmg duk umah je..melayan tetamu yg datang..abis segala sepupu sepapat aku datang.. hmm...dr pagi sampai petang..sampai la kul 11 malam..baru la dapur tu rasa cam nak kering sikit.. ni tak abis2 duk kat ceruk dapur..

2 Syawal 1429H
hari ni giliran aku pulak gi beraya..
disebabkan aku je yang pakai *comel* sikit dr akak aku.. ~sikit je la dari dia, maka aku pun terkedek2 ikut my dear parent gi rumah terbuka kawan my dear dad..dah akak aku malas nak tukar baju lain, maka aku je la yang beruntung sikit.. bukan takat 1 rumah kitaorg pegi..tapi 4.. alhamdulillah..kenyang perut aku..abis semua makanan aku bedal.. sate,nasi minyak,bihun,nasi dagang,lontong,segala jenis puding.. balik je, mata pun rasa mcm kuyu jek.. :p tak senonoh betull anak dara pakcik hassan ni..

sambil2 tu, tangan aku tak lepas dari handphone aku..
hati tak berhenti2 berdebar..
report demi report aku follow...
dari A sampai la ke Z...

3 Syawal 1429H
***hari yang cukup mendebarkan...***
aku mmg dah tak keruan..
Allah je la yang tau perasaan aku hari tu..

pagi2 lagi aku dah bangun..kul 5 pagi!! tak lena tido jadinya..
tak penah2 aku jadi sebaik ni..hehe..pepaham je la kan..
kalau dpt je katil buchuk & bantal peluk masyam aku..aku mmg payah sikit nak bangun pagi..paling awal pun kul 6.30.. ~abih,pecah sudah rahsiaku..

urm... kul 8.00 pagi..aku ke kubur..cuma berempat je..plus lagi 2 orang sepupu aku..
3 kubur aku bersihkan..kubur arwah nenek & atuk (sebelah ayah) dan kubur arwah abang amir, sepupu aku..~even tak penah jumpa abg amir ni, tapi aku hidup dgn cerita tentang dia dr my dear mom..

balik kubur kul 9.30.. hati aku dah tak keruan.. kul 10.00..akhirnya..sampai jugak.. jeng,jeng,jeng...
...
...
...
alhamdulillah..semuanya berjalan dengan baik... sampai ke pukul 6 petang..aku dah boleh tersenyum dengan senyuman yang paling lebar... aku dah boleh berlapang dada..
dah boleh nak tenangkan hati... dr pagi aku tak makan..gabra & nervous punya pasal..

sampaikan masa pegi majlis kawen asrul hadi dgn fatimah laili pun, aku jamah makanan pun rasa macam makan batu jek...ma, kalau la ma tau perasaan anak ma ni..ya Allah, rasa mcm luruh jantung je sepanjang hari ni...sebolehnya aku cuba kawal, tapi akak ipar aku perasan gak...ihik...ala, dia penah rasa gak dulu.. :p
then..conclusionnya....
positif...!!!!!
walaupun sbenarnya baru je 60%...at least, aku dah tak payah nak **sorok2 & takut** after this..
syukur Alhamdulillah...