.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Monday, September 22, 2008

~sekadar buat renungan..

"orang yang paling kuat dan gagah adalah orang yang dapat menahan marahnya"



(gambar ehsan dari faizfaiza.blogspot.com)


marah..marah..marah..!!!
actually, sekarang ni aku bukan dalam mood marah.. ~walaupun aku mmg cepat marah..huuu..
masih mampu tersenyum..cukup berada dalam keadaan bahagia dlm dunia yang indah ini...terutama dalam bulan barkah...dan aku jugak bukan dalam situasi org yang kena marah..



cuma terdetik hati nak bercakap pasal marah ni..

biasanya, marah sering dikaitkan dengan sesuatu yang negatif..namun sejauh manakah kebenarannya? bukankah marah itu merupakan sifat semulajadi yang Allah kurniakan kepada manusia?

manusia tidak perlu belajar untuk menjadi marah kerana ianya lahir secara semulajadi...

tapi walau se'semulajadi' mana pun perasaan marah tu, takkan la nak biarkan kemarahan tu menguasai diri kita kan...?
tak kisah la nak marah kat sape pun..cuma berpada2 la..
sebab kadang2 aku tengok la...yang tukang marah ni kdg2 lebih2 pulak nak marah padahal orang yang kena marah tu, silapnya kecik sangat2...
tapi bila kena marah..punya la...mak oiii, kesian den nengok ni haa...kecut perut...


sempena bulan baik hari baik ni...meh la kita sama2 pasakkan pada hati..kurangkanlah sikit perasaan mudah marah tu (~pesanan untuk diri sendiri jugak ni)...tanamkan dalam hati, marah takkan bawa kita kita kemana kalau ia terlalu menjadi amalan..
silap2 tambah banyak musuh dalam idup..tak ke menyusahkan diri namanya tu..
emm alahai...

No comments:

Post a Comment

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..