.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Monday, September 15, 2008

~cerita pra-raya.. (part1)

Alhamdulillah..
Hari ni dah pun masuk 15 Ramadhan..
Semalam hari Ahad..konon2nya nak pi shoping raya kat Masjid Jamek & Jalan TAR.. Aiyok..punya la ramai manusia.. Aku pulak bukan berseorangan..tapi ber8..
Memula semangat bukan main..nak beli itu, nak beli ini..tapi bila dah jalan-jalan, jenguk-jenguk..tak tau nak beli apa..
Tapi dalam pada taktau nak beli apa, abis gak la dalam RM2++..heheh.. Sarung bantal untuk sofa, brooch, tudung & barang untuk bonda tersayang.. Dalam banyak2 brooch yang dibeli, satu pun takde aku punya, huuu..sebab dah beli sblm ni, poyo aje..

Sempat lagi 'main kejar-kejar' kat celah-celah orang ramai tu.. :p sape la tu...dah jalan jap,pusing tengok belakang..pastu jalan, pusing lagi..ada pulak "bodyguard" duk intai dalam diam..muka selamba jek..adehh.. Ada pulak adegan main sorok-sorok dalam kedai, heheheh... Konon-konon takde orang nampak la.. Padahal "bodyguard" tu dah perasan dari awal..


Then, tinggal aku berdua (sape ntah lagi sorang..?) je kat Jalan TAR tu...lelain semua dah balik umah..kepenatan... Aku pun penat gak, tapi still bersemangat masa tu..

Pastu Paan pulak baru sampai.. Sempat la pulak aku & dia temankan Paan belikan hadiah untuk kawan dia..kami bertiga jalan menonong, taktau nak menuju kemana.. Masuk Sogo, tengok manusia macam semut.. Ni 2nd time aku shoping kat KL dekat2 nak raya.. Tapi kali ni, lagi meriah ~pada pandangan aku la.. Pastu masuk pulak Pertama Complex.. Aku ni ngikut orang je..

Penat~~takmau dah datang shoping raya lagi untuk tahun ni..cukup dah dengan apa yang ada...tambah2 poket pun dah koyak rabak..



*~~ muhasabah ~~*

Dalam ramai2 manusia yang berpusu2 nak shoping raya, byk juga 'drama' yang berlaku... Sekadar mengambil iktibar sebagai manusia yang lemah..

Ada mak ayah yang bawak anak berderet2..bersemangat betul nak sambut raya..pada fikiran mak ayah ni, semua anak dipastikan dapat bahagian masing2 dengan adil.. Tapi ada jugak budak2 ni tak puas ati.. Nak lebih dari sepatutnya.. Sian jugak aku tengok..sian kat dua2 pihak..mak ayah & anak2.. Sian kat mak ayah sebab pening nak melayan.. Sian kat budak2 sebab dekat2 raya ni la masanya diaorang nak demand lebih2..

Pun begitu, sayu hati aku tengok peminta sedekah yang tangan dia tak lekang dari menadah rezeki.. Macam mana la agaknya nasib diaorg raya nanti.. Mana family diaorang..?? Mana diaorang tinggal..? Macam2 lagi yang aku terfikir.. Macam mana rasanya kalau takde tempat tinggal yang sempurna.. Mana nak menapak.. Mana nak menumpang kasih..

Hmm..stop here for today.. Will be continue.. :)

No comments:

Post a Comment

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..