.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, December 30, 2008

~2008 in memory

2008 bakal melabuhkan tirai. Alhamdulillah.. rasanya 2008 berjaya dilalui walau memang penuh dengan pahit maung. Andai ingin dicoret satu persatu rentetan sepanjang 2008, terlalu banyak. Tapi antaranya :

Januari -
  • Di UMT, setelah 3 semester tinggal di rumah sewa bersama Princesses Permata 39, maka dengan rasminya aku keluar dari rumah itu dan berpindah ke hostel. Rasanya banyak sangat perkara berlaku before aku ambil keputusan tersebut. Dan dengan kekuatan yang ada, ditambah dengan gesaan my dear mom, aku akhirnya akur. Hai, amik masa jugak la aku nak berkemas, hehe. Sampaikan adik-adik tu naik pening sebab banyak sangat barang. Itupun ada sebahagian yang ditinggalkan.
  • Si H selamat bertunang dengan pilihan hati. Walaupun aku agak ralat kerana berita diketahui dari sumber lain, bukan terus dari tuan badan, namun aku doakan dia bahagia. InsyaAllah April 2009 bakal menyatukan hati mereka berdua :)

Februari -

  • My 25th birthday. Walaupun masa tu masing-masing sibuk dengan PITA (Projek Ilmiah Akhir Tahun), tapi alhamdulillah ramai yang tak lupa wish for me. I got a lovely present, a watch from my best buddy. Thanx yaa. Pandai dia pilih. Kena dengan selera aku.

Mac -

  • Musim sibuk-sibuk. Menyiapkan PITA, assignment yang bertimbun-timbun dan persediaan menghadapi peperiksaan akhir.

April -

  • 9 April, perbentangan PITA
  • 18 April, hari bahagia my Chenta Hati (Salmi Suhana). Selamat bertunang dengan insan tersayang, Zul @ Eddy. Thank God, aku diberi peluang meraikan hari bahagianya dari awal hingga akhir.
  • April menyaksikan aku bertarung dengan kertas peperiksaan buat kali terakhir di bumi UMT.

Mei -

  • Bertungkus lumus menyiapkan tesis PITA. Saat yang sangat menekan perasaan. Dan bertungkus lumus juga menyiapkan Technical Report. Dah siap pun, masih juga ada halangan masa nak print. Semalaman duduk di kedai print (berlima dan setiap orang print 3 salinan), bermula 8.30 malam, dah sampai subuh baru selesai. Sebab banyak masalah dengan margin. Silap format, banyak lagimarkah bakal dipotong. Dengan mengantuknya, dengan laparnya. Dengan tensionnya. Nasib baik tuan punya kedai sporting. Dia masuk tidur, dibiarkan je kami selesaikan urusan. Selesai print tesis, kami berkejar ke kedai makan. Masing-masing dah tak mampu nak 'pujuk' perut yang sepanjang malam asyik berbunyi. Nak pegi makan sebelum pegi print tesis tadi, takut ramai pulak yang terjah kedai tu, sebab kedai tu agak murah berbanding kedai lain. Jenuh pulak nak cari kedai makan yang bukak waktu subuh. Akhirnya jumpa jugak kedai makan yang dicari, walaupun cuma ada nasi minyak aje. Baru je nak makan, azan subuh berkumandang. Balik ke hostel, solat subuh then masing-masing terbungkang atas katil. Penatnya..!
  • 11 Mei, akhirnya, i'm free...!! Selamat 'mengundurkan' diri dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan bergelar 'bekas pelajar'. Alhamdulillah, syukur yang amat. Dan saat itu, bemulalah pengembaraan seorang penganggur terhormat.
  • 15 Mei, detik manis sebuah pertemuan di Pasar Kedai Payang. Got a beautiful brooch as a birthday present (better late than never).

Jun -

  • Mei & Jun menyaksikan ramai sahabat handai menamatkan zaman bujang. Untuk pertama kalinya, aku menerima 12 kad jemputan dari kawan-kawan. Tidak termasuk perkahwinan sepupu sepapa. Hadiah, sekali borong..bagai nak rak. Antara yang menjadi raja sehari adalah Mariani-Hafizi, Juhaida-Azizul, Liyana, Fadzli @ Cek-Khalisa, Zafiri, Noharyani-Hafiz, Maimunah, Adam-Fatin Nadiah, Tg. Zuniza-Zaqizul, Rafidah-Alif, Aznarina, Ziera, Suhaila (JB).


Julai -

  • 15 Julai, hari konvokesyen. Alhamdulillah, senyuman terukir di mana-mana. Lebih istimewa lagi dengan kehadiran seseorang. Got a beautiful flowers. Hehe, masih tersimpan lagi bunga tu walaupun dah layu. Yang penting, hilang sebentar kerinduan dengan adik-adik tersayang. Masing-masing kecoh bercerita tentang life baru.
  • 17 Julai, bermula sebagai trainee ACCP di Cosmopoint, Jalan Sultan Ismail. Bersama-sama aku, ada Gee & Shidah, coursemate UMT. Di sini juga bermula perkenalan bersama Wan. Di sini, aku mulakan kembali kembara bersama Java. Masih kuingat trainer yang baik itu, Mr. Rehman. Berasal dari India. Sangat ramah orangnya. Cuma kadang-kadang, loghat English-India Mr. Rehman sukar ditangkap. Tambahan, aku ni bukanlah terror bahasa inggeris sangat. Tapi, sangat la tertekan. Diulang, tertekan sepanjang training kat situ. Tambahan pula, aku dengan berani mati belum hantar kontrak. Bermakna, aku belajar tanpa buku seperti trainee lain. Dan ketika ini la, terbongkar cerita mengenai ACCP. Tidak keterlaluan andai dikatakan indah khabar dari rupa. Satu persatu perkara dibongkarkan hingga memaksa satu persatu trainee menarik diri.
  • Lupa tarikh, aku menghadiri temuduga sebagai System Analyst di Pos Malaysia Berhad. Sambil ponteng kelas ACCP, hehe. Ini temuduga ke-5 aku sepanjang bergelar penganggur terhormat. Aku menyimpan harapan yang tinggi untuk diterima bekerja disitu.

Ogos -

  • 11 Ogos, bertolak balik ke Terengganu. Aku dengan nekad menarik diri dari program ACCP dari Cosmopoint. Saat tu, dalam hati cuma pasrah. Andai ada rezeki di Pos Malaysia, alhamdulillah. Jika tidak, pasti ada rezeki di mana-mana. Namun, dalam pada itu, aku ralat kerana terpaksa menolak jemputan ke majlis perkahwinan di Sungai Besar. Kecewa rasanya, tapi mungkin dapat berjumpa di lain masa.
  • 22 Ogos, mendapat panggilan dari Sumber Manusia Pos Malaysia Berhad. Diminta melaporkan diri 2 September 2008 @ 2 Syawal 1429H. Tak terkira ucapan syukur, aku hamba yang lemah. Walau berkali-kali aku alpa dengan rahmat-Nya, tapi Dia tak pernah melupakan aku. Alhamdulillah. Mula buat persiapan memasuki alam pekerjaan. Medical chek-up, cari kasut, isi borang dengan lengkap dsb. Agak gugup bila memikirkan tentang suasana baru yang bakal dilalui.
  • 23 Ogos, menjalani Ujian Khas Memasuki Perkhidmatan Awam (PTD). Persiapan dibuat ala kadar. Mulanya, hati agak berat mengenangkan tiada persiapan khusus yang dibuat, namun semangat dari my dear mom & dad buat aku menggagahkan diri.

September -

  • 2 September, bermula fasa baru kehidupan di Unit PITTIS (Pos Integrated Track & Trace Information System), Pos Malaysia Berhad. Mujur juga ditemani seorang teman yang juga baru diterima bekerja, jadi takde la rasa kekok sangat. Mula belajar apa itu SAP & bergelar ABAPer.
  • 20 September, terima gaji pertama. Ya Allah, nikmat tak terhingga.

Oktober -

  • Sambutan Syawal yang meriah
  • 3 Oktober 2008 @ 3 Syawal 1429H, tetamu istimewa datang berhari raya :) beserta dengan perkahwinan pasangan semasa di SMKA Durian Guling, Asrul Hadi & Fatimah Laili. Hehe, bila masa la diaorang ni bercinta. Tup tup je dengar dah nak kawen.

November -

  • Bulan penuh duka. Pulang ke Kuala Terengganu untuk menghadiri temuduga dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi jawatan DH41. Malangnya, aku tidak dibenarkan masuk ke bilik temuduga hanya kerana aku tidak membawa bersama skrol ijazah berbahasa malaysia..!! Skrol berbahasa inggeris tidak diterima sama sekali. Salinan fotostat skrol ijazah berbahasa malaysia juga gagal 'memujuk' panel temuduga. Hampir 4 jam aku cuba merayu, tapi hanya kehampaan yang diterima. Bermacam-macam usaha dilakukan termasuklah menelefon pihak Pejabat Akademik UMT, pihak SPP Putrajaya. Berkali-kali. Tapi nyata, bukan rezeki aku untuk ditemuduga. Sedih sangat.
  • “Is it possible to forgive without forgetting?” Itu ayat yang menghantui aku sepanjang bulan ini. Melalui perkara yang menyakitkan kadang-kadang takkan mampu ditutup dengan hanya perkataan MAAF. Iya, memaafkan..aku sudah lakukannya. Tapi bukan bermakna melupakannya biarpun mencuba berkali-kali.

Disember -

  • 8 Disember a.ka. 10 Dzulhijjah. Kali pertama bertemu 'keluarga' dari Sungai Besar. Selama ini cuma mendengar cerita. Kegembiraan yang tak terluah.
  • 13 Disember, menghadiri PTD Assessment Centre (PAC) di Geliga, Kemaman selepas lulus ujian pada 23 Ogos. Satu hari sahaja. Overall, ok la untuk sesi indoor ~debat & public speaking. Tapi untuk sesi outdoor, semput..! Tak sempat nak habiskan kelima-lima aktiviti yang diwajibkan. Masa tu kepala macam dah ringan semacam. Mata dah berpinar-pinar. Lutut macam dah takde kepala lutut. Aktiviti 1 (lompat lalat 30x), ok.. bersemangat. Aktiviti 2 (lompat bintang 30x) pun masih lagi bersemangat. Aktiviti 3 (bangkit tubi 30x), dah longlai jugak la sikit. Aktiviti 4 (lupa apa nama, tapi lompat dari dalam keadaan mencangkung 20x)..masa ni lompat pun macam 'separuh jalan' je. Tapi nasib baik panel tu macam baik hati, dia buat nampak tak nampak je. Kalau tak, memang dah kena tendang kot. Aktiviti 5 (tekan tubi 20x), huhu..aku dah mengah tak ingat dunia. cukup 5 kali tekan tubi, i'm surrender. Masa tu, dah hampir separuh peserta tarik diri. Kesimpulannya, tamatlah impian aku kali ni untuk jadi PTD. InsyaAllah, panjang umur, ada rezeki, aku akan usaha lagi apply PTD. Well, keep trying..!!


Cukup di sini catatan akhir 2008. Moga gerbang Awal Muharam 1430H & tahun 2009 terbuka padaku dengan 1001 kerahmatan dari-NYA. Amiin.

Monday, December 29, 2008

~Pilihan masing-masing

Manusia.. Memang banyak ragam. Macam-macam. Masing-masing ada perangai dan pilihan sendiri. Dia suka ini, dia suka itu, tak suka begini dan tak suka begitu. Tak mengapa kalau tak suka. Tapi kenapa memperlekehkan pilihan orang lain?

Dalam satu pebualan, A katakan dia suka Vios. Katanya elegan. Penuh gaya. Dan si B pula lebih sukakan Myvi. Katanya, dia sukakan buatan nasional. Masih ada gaya dan ada ciri kebangsaan. Tapi si A mencemuh, “Apa istimewanya Myvi?” sambil membuat muka. Aduh! Mood suasana bertukar ‘merah’. B diam. Itu lebih baik.

Aku juga diam. Hanya memasang telinga. Dalam hati, aku kesiankan si B. Mukanya berubah. Hey B..! Abaikan saje si A. Bukan dia yang membayar pilihanmu. Kau tak rugi apa-apa. Akhirnya B membuka mulut. Mengutarakan persoalan lain. Suasana kembali aman. Ah, apa guna bermasam muka kan?

** Manusia punya pilihan berbeza. Dan kita sebagai orang sekeliling harus menerima keputusan & pilihan mereka kerana kita juga punya pilihan sendiri. Apa kita tak tersinggung andai ada orang menempelak pilihan kita? Jadi, kita tak harus mempersoalkan pilian orang lain. Hak masing-masing, itu sudah pasti.

Wednesday, December 24, 2008

~Selamat kembali

Alhamdulillah. My dear bro & wife dah selamat kembali ke tanah air. Selamat mengerjakan Rukun Islam kelima. Mudah mudahan mendapat haji mabrur. Pesawat yang mereka naiki selamat tiba jam 8.40 malam, hari Isnin. Sampai di rumah tepat jam 11 malam. Aku cuma menunggu di rumah sebab tak ambil cuti pun ~cuti dah abis. Balik kerja, dah dekat pukul 7.35 malam. Rombongan menyambut ketibaan my dear bro ke KLIA dah bertolak dari pukul 7.25 dari rumah. Huhu, lewat 10 minit je.

Kedua-duanya sihat. Cuma mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan masa. Ye la, perbezaan 5 jam antara waktu Mekah-Malaysia memberi impak yang agak besar. Terutama masa untuk tidur. Time orang tidur, dia tak tidur. Hehe, kesian. Budak-budak tak habis-habis bercerita itu dan ini. Sampai patahkan plug pun nak bercerita jugak. Adat la, orang buat salah, macam tu la gayanya. Better bagitau before parent diaorang tanya. Macam-macam hal :)

Si kecil Amirul langsung taknak berenggang dengan ibu dia. Mana ibu dia ada, situ la dia mengekor. Sampai nak masuk bilik air pun, nak ikut juga. Masa ibu dia kat Mekah, nasib baik dia takde merengek-rengek sangat.

Maka dalam seminggu akan datang, I’ll say good bye to driver bus. Hehe. Sebab keadaan akan kembali pada asal ~ke tempat kerja dengan my dear bro. wah, legaaaa..~ Lepas ni tak payah terkejar-kejar bas lagi.

Monday, December 22, 2008

~k.a.h.w.i.n ???!

Mak aih. Sikit punya panjang tag dari Maa. Bahaya rupanya main tag 'mengetag' ni. Heheh. Lebih kepada nak korek rahsia. Tapi tak pecah sangat la kot. Sikit-sikit je. Demi memenuhi permintaan, akak jawab ye Maa. Hope puas hati :)

1. How old are you?
dal wau alif – pa wau lam wau ha – lam ya mim alif

2. Are you single?
Erk..single kot (hehe)

3.In what age do you think you’ll get married?
jap..jap..nak fikir..erm, 26 agaknya..takpun 27, maybe gak 28..

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
hope so..amiin

5. If not, who do you want to marry?
ajal, maut pertemuan di tangan Allah..just accept as the best for me..

6. Do you want a garden/beach wedding, or the traditional wedding?
traditional..saya orang kampong je..

7. Your ideal motif?
Simple & blue colour

8. Where do you plan to go on a honeymoon?
mekah boleh tak..? Ihik, Cameron Highland pun jadi la..

9. How many guests do you think you’ll invite?
Sesiapa yang berkenaan.. saudara mara, kawan2..erm, ex-bf agak2 boleh tak kalau nak jemput?

10. Do you want an extravagant wedding or a simple wedding?
just a simple wedding.. membazir amalan syaitan.. kita ni kan manusia..

11. Do you want the traditional vows or something you’d make up on your own?
traditional.. tapi bergantung la pada keadaan. Kos pun nak kena amik kira jugak kan..

12. How many layers of cake do you want to have?
2 layers enough.. tapi bukan kek.. nak pulut kuning.. bentuk comey2, taruk jala mas, pastu buah ceri..pendek kata, hias comey2.. (ahaks, kan ke tradisional bunyinya tu)

13. Do you prefer having your reception at a hotel or at a simple place?
aisyhh..wat kat umah je.. kalau wat kat hotel, nak makan byk2 pun jadi segan..hehe..

14. When do you want to get married, evening or morning?
err.. night can aa?

15. You’d rather have your reception outdoors or indoors?
indoor je la..karang wat outdoor, susah pulak kalau hujan.. nak kena sediakan payung pulak..

16. Do you like a grand entrance for your groom?
no need.. dia takmau

17. Name the song/tune you’d like played at your wedding?
takmau pakai DJ.. so tak payah pasang lagu pape masa tu..

18. Do you want a solemn ceremony or a light one?
dahulukan yang wajib..

19. What age do you want to get married?
eh, tadi bukan ke dah tanya?

20. Describe your ideal husband/wife?
yang menerima baik & buruk aku seadanya..

21. Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
yang normal pun cukup..time makan beradap, mkn sikit2 je..segan la katakan..

22. Champagne or red wine?
saya orang Islam

23. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
days after the wedding..ye la, pas kendiru, mesti kena ‘dera’ basuh periuk dulu..kemas2 rumah dulu kan..

24. Money or household item?
ishh..pilihan yang sukar ni..

25. Who will pay for the bills?
hehe..dia la bayor.. (aduh, kejam..kejam)

26. Are you ready for married life?
it’s complicated

27. Will u always be true to your wife/husband?
I’m promise..

28. How many kids do you like to have?
lagi banyak lagi bagus..but like he said, quality is more important than quantity.. so, 4 cukup la kot

29. A new house for a newly wed or an old one?
bergantung pada rezeki..tak memilih sangat pun..biar susah senang bersama

30. Will you celebrate silver wedding, gold wedding, or diamond wedding?
nak semua, boleh? :P

31. What kind of cuisine would you like for your wedding?
nasi beriani ayam tanam (beras basmathi)..dalca, pajeri nenas..hehe..banyak la aku punya songeh

32. Will u record your honeymoon in a cd or dvd?
of course..sekali seumur idup je kan…

33. Whose wedding plans would you like to know next? Choose 5 person.
  • Wan..jawab eh..

*Jawapan di buat berdasarkan situasi semasa. Sebarang perubahan mungkin akan berlaku mengikut keadaan. Harap maklum.

~Misi Mac '09


Misi Mac '09Misi Mac '09

Thursday, December 18, 2008

~ (^_^)

Aku belajar lagi. Sesuatu yang baru. Aku mula belajar untuk menyelami perasaan insan lain. Kerana hakikatnya sekarang, aku kian melampau dalam meniti kehendak sendiri. Aku telah lama mengabaikan perasaan insan lain. Buat mereka sering *makan hati*. Tapi mereka tetap sabar. Aku sedari itu. Maaf ku pohon. Izinkan aku membetulkan kesilapan. Aku akui yang aku tak mampu nak membahagiakan semua orang. Dan saat itu, aku tak ingin memutuskan sebarang keputusan ~walaupun aku juga punya pilihan sendiri. Biar orang lain yang membuat keputusan bagi pihak aku. Moga itu membahagiakan mereka. Dan aku harap, aku juga bahagia dengan keputusan itu. Kenyataan sekarang, aku masih tersenyum. Dan semoga senyuman ini mampu kekal. Seiring dengan senyuman mereka.

Wednesday, December 17, 2008

~Tag dari Wan

Disebabkan emosi tengah tak stabil, maka blog telah menjadi sasaran untuk melepaskan tekanan. Maka, ambil la kesempatan nak jawab tag dari Wan. Hehe, dah lama tertangguh. Jom kita jawab.

Rules: Once you’ve been tagged, you are supposed to write a note with 16 random things, facts, habits, or goals about you.

  1. Saya sangat-sangat suka makan ikan keli. Makan hari-hari pun takpe. Terutama ikan keli goreng bercili.
  2. Pakai cermin mata 24 jam. Even power cermin mata cuma dalam 3++ je sebelah. Tidur pun pakai cermin mata. Tu yang selalu patah :p
  3. Tiada kompromi dalam memilih makanan untuk dimakan. Semua hentam. Boleh masuk mulut. Kayu, parang, batu pun makan ~ ubi kayu, kacang parang, jambu batu. Erkk, lagi satu, janji halal la.
  4. Hantu tidur. Letak je kepala, pejam mata, confirm boleh mimpi punya ~kecuali dalam bas ekspress, mmg takleh tidur even penat camner sekali pun. Nape ntah?
  5. Teringin nak pergi Rumah Allah. Hmmm, bila ye? Pasni kena rajin-rajin belek buku simpanan Tabung Haji. Ada berapa sen ye kat dalam tu?
  6. Sangat-sangat suka dengan warna biru. Tapi most of my baju kurung, warna coklat. Ish, buta warna ke apa ni? Erkk, awan warna coklat ke?
  7. Harta kesayangan :
    -->Handphone nokia 3310 yang umur dah cecah budak darjah dua

    --> Al-Quran kecil warna hijau yang my dear mom bagi sorang satu kat all my siblings masa 1st time dia pegi Mekah tahun 1994.
    --> Cermin mata. Aiyok, kalau takde ini, kelabu hidup.
    --> Jam tangan. Ada 3 utas. Sayang amat terutama jam tangan yang umur dah cecah 10 tahun ~dapat masa PMR dapat 7A 2B.
  8. Saya seorang yang kedekut :p nak beli kraker mentega kacang Munchy’s @ Kerk, sanggup wat calculation, mana lagi murah. Haa, jangan tak caya.
  9. 80% dari cerita hantu yang saya tonton, bakal bertukar jadi cerita komedi. Ketawa tak abis-abis. Apa la punya hantu, nak nyorok pun duk atas badang campur daun kering (merujuk pada citer Niyang Rapik). Kalau menakutkan sangat, kenapa tak muncul betul-betul depan manusia. Tak payah la nak nyorok-nyorok ~komen,pandai la..
  10. Suka kumpul benda-benda yang ada kesan sentimental. Antaranya tiket kali pertama masuk zoo Negara (1997), tin minuman air (2004), pembalut coklat (2004), tisu KFC ada tandatangan (2008). Macam-macam lagi ada.
  11. Simpan impian nak ambil Ijazah Sarjana & PhD (doakan ye)
  12. Saya bukan seorang yang romantik. Tak pandai nak tunjuk kasih sayang. Sangat kesian pada sesiapa yang suka manja-manja kat saya ~my adik-adik UMT tau la saya camner,hehe..
  13. Saya dah ada 9 orang anak buah. Paling tua, 14 tahun. Paling kecil, 3 tahun. Rindu nak jaga baby yang baru lahir. Tenang rasa hati. Tapi dua-dua akak & kakak ipar macam dah isytihar ‘pencen’ je.
  14. Eii, geli dengan pacat & lintah. Ular takpe. Syuhh, syuhh, pegi jauh-jauh.
  15. 4-5 kali gi tengah-tengah laut naik bot, tak penah kena mabuk laut. Tapi bila naik ke darat je, saya mabuk tak ingat dunia. Aduhai, huyung bagai nak rak.
  16. Suka cakap sorang-sorang. Secara hormatnya, monolog dalam diri. Haha, bukan sakit mental yek..

Selesai. Sekarang, masa nak memberi hadiah pada orang lain. Sesiapa yang baca entri ni, ANDA DI TAG. Sila jawab tag ini ye. No kompromi. Majidah, Pie, Faiz, Dayah, Kakchik, PA, .. dan semua la yang tetiba tersinggah di sini. Wan & Kak Izra tak payah, sebab dah jawab sebelum ni.Thanx yaa.. Salam sayang untuk semua.

~Sepit

Sepit. Tersepit. Menyepit. Terkepit. Bersepit. Segala mak nenek sepit.
Ok, diakui entri ini ditulis sebab rasa *bengang*. Bengang bila diri tersepit antara dua arahan. Si A bagitahu begini, tapi si B memberi arahan sebaliknya. Macam kancil antara dua ekor gajah. Menikus ketakutan. Sedang si A & B tidak berhubung, wujudlah satu mangsa yang tak keruan berfikir, mana satu arahan harus diikuti & dilaksanakan. Dua keputusan yang bertentangan. Akhirnya, yang bersalah adalah yang “tersepit” itu. Aduh. Sakit hati. Sabar. Sabar. Ini baru sedikit. Teruskan bekerja. Lupakan yang sakit. Ingat yang indah-indah. Huhu.

P/S: Maaf. Emosi berada di atas saat ini.

Tuesday, December 16, 2008

~Chenta Hati

Chenta Hati
Chenta Hati..
Aku pun lupa mana aku penah terbaca, terpandang dan ter’hafal’perkataan ni. Tapi kini, ia menjadi panggilan mesra antara aku dan dia. Panggilan yang mendekatkan kami. Tiap SMS kami kini, pasti ada perkataan ini. Rasa makin erat.

Kini, *impian* kami juga hampir sama. InsyaAllah, pada bulan yang sama. Bezanya, di fasa berlainan. Dia sedikit di atas berbanding aku. Iya, seolah segalanya telah tertulis sebagai takdir kami walaupun segalanya masih dalam perancangan.

Tarikh lahir kami juga hampir sama. Dia tanggal 9, manakala aku tanggal 26. Bulan Februari. Tahun 1983. Perangai? Mungkin ada bezanya. Tapi persamaannya, kami menerima baik buruk tingkah laku kami seadanya. Dia memahami aku. Aku memahami dia. Dia bukan kekasih hati. Tapi dia sahabat, dia teman. Ibarat adik beradik. Dia segalanya. Sukar diungkap dengan kata-kata.

Tak perlu menulis panjang-panjang. Dia sahabat sampai akhir hayat. Mudah-mudahan hingga ke syurga. Dia, Salmi Suhana.

~Day to day

Haisyh..
Makin lama makin menjadi-jadi.
Makin lama makin menuntut perhatian.
Makin lama, makin memeningkan kepala dia.
Pra-peralihan masa dan status buat diri hanyut dalam khayalan.
Benar kata orang, dalam keadaan 'pra', terlalu banyak dugaan.
Pada yang berkenaan, harap maklum ye.
Jangan dilayan sangat.. Tapi jangan la diabaikan sangat.. Kesian pada yang mengharap..

Thursday, December 11, 2008

~PAC

Dah lama sangat rasanya tak ada catatan di sini. Sibuk? Tak juga. Mungkin jugak sebab mim alif lam sin disamping kerja di pejabat yang tak pernah berhabisan ini. Esok aku bakal bercuti lagi. Malam ini, bas ke Kuala Terengganu jam 10.00 malam tetapi tidak berseorangan. Aku ditemani my dear sis tersayang. Dalam pukul 4.00 pagi, mungkin kami akan sampai ke destinasi, Kemaman. Rumah my dear grandma akan kami ketuk tanda kami telah sampai. My dear uncle pun dah pesan, dah dekat-dekat nak sampai kat rumah, telefon dia. Nanti dia tunggu, tapi rasanya tak perlu sebab berdua.

Tepat 7.00 pagi, my dear cousin akan jemput aku untuk ke Geliga. Iya, destinasi utama aku adalah Intan Kampus Wilayah Timur (INTIM). Aku akan mengikuti Program PTD Assessment Centre (PAC) esok. Alhamdulillah, aku lulus Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik yang diduduki 23 Ogos lepas. Sekarang dah masuk second stage. Sekalung terima kasih pada my dear parent yang tak sudah-sudah memberikan semangat saat aku menduduki ujian dulu dek kerana ketidakyakinan aku tika itu.

Berdebar? Memang sangat berdebar. Bermacam cerita telah aku dengar dari kawan-kawan. PAC adalah saat yang agak getir sebelum dipanggil temuduga. Iya, itupun kalau lulus PAC ini. Dengar-dengarnya kita perlu banyak bersedia dari segi mental dan fizikal sepanjang PAC ini. Untungnya, PAC kali ini cuma sehari. Bukan 3 hari seperti sebelumnya. Dengan larian sejauh 2.4km, pengucapan awam, debat ala parlimen; semua itu perlukan tumpuan yang agak tinggi. Hanya sedikit persediaan, tapi harap-harap dapat membantu. Terima kasih buat teman ex-UTP yang banyak memberikan maklumat berkaitan PAC ni, Epi dan Rahim. doakan semuanya berlaku dengan baik ye..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Bantulah aku dengan mempermudahkan urusanku esok hari,
Mudah mudahan segalanya berlaku dengan baik,
Tenangkanlah hatiku,
Terangkanlah hatiku,
Sesungguhnya aku hanya selemah-lemah hamba-Mu,
Amiin Ya Allah.

Tuesday, December 9, 2008

~1 hari..dua rasa

Sebetulnya, tajuk asal entri ini adalah ~Catatan Aidiladha. tapi memandangkan semalam, ada dua cerita yang berlaku, maka ini lah tajuknya.

Tahun ini, buat pertama kalinya aku sambut Hari Raya Aidiladha di Kota Damansara, PJ. Satunya kerana my dear parent ada di sini menjaga cucu-cucu memandangkan my dear bro & wife menunaikan haji. Keduanya, aku yang tak dapat cuti. Memang sengaja tak apply cuti sebab cuti memang dah tinggal sikit. Aku memang berniat untuk kes-kes kecemasan je cuti yang tinggal. Jadinya, berhari raya la kami di sini. Tapi aku harap ini kali pertama dan terakhir aku sambut hari raya haji di sini. Sebabnya, langsung tak rasa kemeriahannya. Macam tak raya pun ada.

Tapi, aku terima, ada hikmah yang indah di sebalik semua ini. Sebenarnya ramai sepupu-sepupu aku yang menetap dan bekerja di area Kuala Lumpur ini. Tapi kebanyakkannya balik ke Terengganu. Cuma satu keluarga je yang sama nasib dengan keluarga aku. Jadinya, ada la jugak saudara mara datang beraya.

Pagi-pagi lagi, my dear mom dah sediakan nasi minyak, gulai daging, ayam masak merah & acar timun campur nanas. Special request by my dear nephew (si Along ni memang ‘beraya’ sakan time my dear mom duk KL..macam2 makanan dia request. Dalam tempoh sebulan lebih, dah naik berat 4kg).
Dalam pukul 11 pagi, masuk dapur lagi. Sediakan second dish, nasi dagang. Fuh, memang sakan la budak-budak kat rumah ni. Dengan gulai ikan tongkol (kat Terengganu panggil ikan aya) plus belimbing buluh, dan campur pulak dengan telur rebus, memang terangkat. Aku & my dear sis duk sibuk masak dadih. Serbuk dadih dah ada kat dalam almari, aku tolong habiskan, hehe. Semalam, my dear mom dah buat samosa daging, guna kulit popiah. Bibik duk busy goreng samosa. Kat dalam freezer, ada 3 bekas kuih ‘akok’. Aku keluarkan & masukkan dalam microwave. Ketupat pulut & rendang saki baki dari hari raya aidilfitri dulu pun still ada lagi. Semua simpan dalam freezer, memang boleh tahan lama. Keluarkan ketupat pulut, kukus dan goreng.. makan dengan rendang ayam. Memang tak ingat dunia. Erkk, rasanya ada jugak la suasana raya.. Cuma takde daging korban aje. Daging beli kat pasar malam, ada la.


Hmm.. banyak makanan ni. Tapi sebenarnya dimasak untuk sambut tetamu istimewa. Ada rombongan dari Sungai Besar nak datang jalan-jalan ke Kota Damansara. Datang ziarah hari raya sambil berkenal-kenalan. That’s why la..hehe..
Ye la, sebelum ni tak pernah berjumpa. Jadi persiapan agak kelam kabut nak sambut tetamu. Kalau boleh, biar la secara beradat. Tunggu punya tunggu, akhirnya tamu istimewa sampai dalam pukul 4. Lapan orang semuanya. Hujan renyai-renyai. Sedari pagi, hujan langsung tak berhenti. Hujan rahmat sepanjang 10 Zulhijjah. Pertemuan berlangsung secara santai. Alhamdulillah. Even sebenarnya ada sedikit kejutan dalam perbualan. Tapi masing-masing menerima seadanya. Seronok lihat tamu istimewa menjamu selera, sambil borak-borak. Setelah ‘hadiah’ bertukar tangan, tamu pulang. Dalam hati ini, mudah mudahan mereka pulang dengan hati yang gembira. Panjang umur, murah rezeki dan ada jodoh, insyaAllah bertemu lagi di lembaran lain.

Sunday, December 7, 2008

~Salam Aidiladha


kad raya dari Pujangga Asmara

kad raya dari Kak Chik

kad raya dari Zahirah

Salam Aidiladha buat semua kenalan samada yang mengenali atau tidak mengenali saya.. semoga kita bersama-sama dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenar dan tidak sekali kali mengeluh dengan sebarang dugaan yang hadir.

untuk Aidiladha, alhamdulilLah, dapat tiga kad raya. satu dari
PujanggaAsmara, satu dari KakChik dan the latest dar Zahirah. terima kasih ye semua. suka rasa hati dapat tampal tiga kad raya ni dalam rumah ni. nampak cam comel je.. :)

edit pada 9 Disember 2008

Thursday, December 4, 2008

~Privacy

“Saya dah bosan la kak,” katanya.

“Kenapa ni?” tanyaku.

“Dia tu.. nak kemana2 bukannya nak cakap. Saya call dia tak angkat. Dah 2-3 jam menunggu, baru la dia balas SMS bgtau pegi CC. Tak bawak phone,” adunya.
“Lepas tu nak marah-marah orang pulak,” tambahnya.

“Tengah gaduh la ni?” gumamku.
“Dik, dia cuma nak masa untuk bersendiri. Sebab tu dia tak bawak phone. Semua orang ada privacy life masing-masing. Perlukan masa tanpa gangguan sesiapa. Even suami isteri pun ada privacy masing-masing, apatah lagi pada pasangan yang belum apa-apa hubungan,” tuturku.

“Ermm, saya tak kira semua tu,” dia membentak.

“Hehe, so akak dah takleh nak tolong pape,” aku surrender. Sedangkan lidah lagi tergigit.

~Rezeki

Satu malam, aku SMS dengan my dear Hamba Allah. Sengaja kutanyakan hal kerjanya.
Tanyaku, “Penat tak ari ni?”
Jawabnya, “Tak..mencari rezeki takleh rasa penat kan sayang..”

Aku terdiam. Terpana dengan jawapannya.

Rezeki. Setiap pagi pergi kerja, petang balik rumah. Keluar pukul 7 pagi, sampai rumah pukul 7 malam. Lumrah. Mata sering menatap panorama *indah* kesesakan jalan raya. Tidak ditambah lagi andai hujan membasahi bumi. Makin menggila kesesakan itu. Kadang-kadang rasa *penat* berada dalam olengan bas setiap hari. Sabarlah. Tinggal sebulan sahaja lagi. Semua kan kembali asal. Maka, bersabarlah dia yang bernama hati.

Mataku buntang menatap SMS dari my dear Hamba Allah.
“Mencari rezeki, takleh rasa penat kan,” dan sesungguhnya aku tersentap dengan SMS itu. Neuron-neuron otak berfikir ligat. Iya, mencari rezeki tak boleh terasa penat. Harus sentiasa bersedia menerima & menjalankan tugas. Biar seiring dengan gaji yang diterima. Istiqamah dengan pekerjaan. Dalam masa yang sama harus dengan niat mencari ilmu. Semakin banyak kita tahu mengenai sesuatu perkara, terasa makin banyak perkara yang kita tidak tahu sebenarnya.

Saat ini aku terasa ingin.. ingin amat untuk kembali bergelumang dengan buku-buku pelajaran. Hmm, tunggu la. Akan kucapai hasrat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Masih dalam perancangan. Doakan.

Tuesday, December 2, 2008

~Bulan tersenyum

Malam semalam, my dear best friend, Ucu SMS aku..
“Kak mar, tengok ke langit sekarang. Cari bulan & bintang”

Masa tu tak silap dah pukul 9 lebih. Aku tengah berlenggang kangkung mengemas dapur sorang-sorang. Selepas dapat SMS, aku abaikan sekejap sambil selesaikan apa-apa yang patut kat dapur. Dan aku berkejar ke pintu bahagian belakang, nak jengah ke langit. Bukak je pintu, waaaa.. grail dah siap mangga. Pastu berkejar pulak ke pintu bahagian depan, laaaa..dah bermangga jugak grailnya. Adeih, bibik rumah ni sangat prihatin. Kalau dia dah pasang mangga ni, bermakna dia dah pasang alarm rumah jugak. Karang kalau aku gatal-gatal tangan jugak gi bukak grail ni, maunya *meraung* satu rumah ni. Selang 2-3 minit lepas meraung tu,kompem ada la pulak “pakcik” syarikat ADT call rumah, Tanya “Hello miss, anything wrong with your house? Our system detected that alarm..bla..bla…. Please verify me your house phone number” penat je nanti nak kena menjawab. Sudahnya, aku abaikan SMS Ucu.

Dan hari ni baru la dapat tau, ada fenomena menarik yang berlaku semalam. Alahai, memang rugi sangat tak tengok *siaran langsung* fenomena tu. Tapi untuk memuaskan hatiku, ada seorang sahabat yang bermurah hati nak tunjukkan gambar fenomena tersebut pada aku. Thanx a lot. Tapi dia takmau nama dia terpampang kat blog ni. Hmm, ok la kalau camtu..

Ada beberapa link yang turut berkongsi detik-detik Kekuasaan Allah ini.. Indah amat pemandangan ini.

~Baby

Sekarang ni agaknya musim dengar citer pasal baby kot. Bermula dari Faryza yang disahkan mengandung 4 minggu pada minggu lepas. Hehe, sebenarnya aku tahu cerita dia dari awal, tapi belum dapat lampu hijau dari Faryza untuk dihebahkan dalam blog. Semalam, dia dah secara rasminya mengumumkan berita di blog dia, maka aku pun nak jugak la berkongsi berita gembira ini. Iya, selama ini kami banyak bercerita pasal bila la nak "datang" hadiah dari dalam perut dia. Setiap hari, tak lupa mintak aku doakan. Alhamdulillah, akhirnya Allah kirimkan hadiah berharga itu diiringi dengan 1001 dugaan menimpa. Dari disahkan apendiks, kemudian disyaki bayi membesar di luar rahim, dan kemungkinan tiub fallopiannya di ikat, tapi alhamdulillah.. kini semua telah selamat. Baby telah disahkan selamat. Cuma baby dibimbangi alah pada ubat bius akibat pembedahan. Degupan jantung akan cuba dikesan selepas Hari Raya Aidiladha nanti. Sometimes, i think it was a miracle. Kekuasaan Allah, tak terbatas dengan apa jua sekalipun.


Sabtu lepas, isteri Nazim pula selamat melahirkan anak sulung mereka. Sempat Nazim titipkan SMS padaku tentang kelahiran yang dinanti tersebut. Sebelum ni semasa scan baby, doktor mengesahkan baby dalam kandungan adalah perempuan. Sekali dia keluar, hehe, lelaki rupanya. Habis la.. baju yang dibeli sebelum ni kebanyakan warna pink. Alahai Nazim, dia pun terkejut. SMS pertama, bagitau anak perempuan. 3 jam kemudian, baru la sampai SMS lain dari dia.. anak lelaki daa... silap taip tadi. Apapun, semuanya anugerah terindah. Tahniah buat Nazim & Faryza.


Maka, bercuti la mereka berdua. Dah la kat unit ni ada 3 orang ABAPers aje. Aku, Nazim, Faryza. Sekarang tinggal aku sorang2 je ABAPers. Huhu, cuak jugak sebenarnya kalau tiba-tiba dapat task yang agak berat. Tapi alah bisa tegal biasa. Kena biasakan diri. Kerja adalah amanah Allah. Harus mencuba buat sedaya yang mungkin.

* edit pada 4 Disember 2008

Monday, December 1, 2008

~First Award..huk huk

Today.. i got first award from dotblogspotdotkom..! Wah, tengkiu.. tengkiu *sangat excited* hehe, sebab sebelum ni tak penah dapat pun. Hari tu teringin nak ambil award dari Zahirah, tapi cam malu. Hehe.. cam poyo je.

Apapun, terima kasih banyak-banyak pada blogger-blogger yang sudi bertandang kat sini. Baru terasa yang diri ni diterima dalam dunia blog memblog nih.. :) and special thanx to everyone's who read my blog. Kalau ada silap, tegur-tegur la ye. InsyaAllah, saya terima teguran secara positif.


i wish a wish for u..
it's a wish i wish for few..
the wish i wish for u is that all ur wishes come true..
so keep wishing as my best wishes are always with u..

~Renjis-renjis dipilis..

Musim cuti sekolah dah lama bermula. Masa ni la ramai ambil kesempatan mendirikan masjid & menyelesaikan sebahagian dari tugas sebagai umat Islam. Aku juga tak terkecuali menerima banyak undangan perkahwinan. Ada yang dah berlalu, dan beberapa jemputan lagi sedang menanti hari.

Antaranya :
  1. Ilyana Yahya vs Roslan Mt Rozi
    22 November 2008

  2. Norazatul Akmal Zakaria vs Shafie
    29 November 2008

  3. Juliana bt Mohd Yunus vs Mohd Ghazali b Md Nor
    4 & 6 Disember 2008

  4. Wan Norlaili vs Mohd Zulkifli
    10 & 12 Disember 2008

  5. Norilham bt Mohd Nor vs Amizan Adam
    11 Disember 2008

  6. Amirah vs Rosnan
    12 & 13 Disember 2008

  7. Munirah bt Salleh vs Ahmad Azrin b Abd Rahman
    13 Disember 2008

  8. Nurul Jehan vs Mansor
    14 Disember 2008

Alhamdulillah. 2 pasangan telah pun melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Bagi yang diletakkan 2 tarikh iaitu majlis perkahwinan bagi pihak perempuan dan lelaki, kedua-dua mempelainya kukenali. Jadi ada pilihan sebenarnya nak bertandang ke majlis yang mana satu. Tapi malangnya, aku di KL. Banyak halangan untuk aku sampai ke majlis-majlis tersebut. Harap sangat dimaafkan atas keuzuran diri. Apapun, mudah-mudahan berbahagia sentiasa... :)

edit pada 3 Disember 2008
Jemputan-jemputan aku terima melalui banyak medium. Ada yang pos kad jemputan, ada yang SMS, ada juga melalui mesej di Friendster. Tapi terus terang aku katakan, aku tak *berapa nak pandang* jemputan melalui mesej di Friendster. Kecuali kalau di mesej tersebut ada tertulis "Iza,sori tak sempat nak hantar kad. Tapi aku jemput melaui friendster je. Ko datang la ek..," yup, kalau jemputan begini, aku akan hargai. Tapi kalau jemputan secara umum, maaf la..aku tak rasa dijemput pun. Apapun, aku menghargai sangat-sangat pada sesiapa yang hantar kad. It was a really honest invitation. For me laa.. Sebab memang dah hobi, aku akan simpan semua kad jemputan kahwin orang-orang yang aku kenal. Rasa macam best sangat. From that, i'll know their anniversary or what ever information yang berkaitan.

Thursday, November 27, 2008

~Sibuk


Dalam tempoh dua hari ni, agak sibuk dengan kerja-kerja di pejabat. Mata tak lepas dari mengadap laptop. Tambahan pula, Faryza masih bercuti. Dalam kepala, ada banyak perkara ingin dikongsikan di dalam blog kesayangan ini. Anyway, thanx a lot to my new virtual friend, Kak Izra. I'd got a good lessons from her. Thanx akak..
To be continue.. :)

Tuesday, November 25, 2008

~Selawat Syifa'

Malam semalam, my dear Hamba Allah menghantar SMS, mengkhabarkan yang dia sedang berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Puas kupujuk-pujuk agar diberitahu atas sebab apa dia berada di sana, namun hampa. Dia hanya membisu. Membiarkan aku dalam 1001 pertanyaan. Apabila kuajukan berulang kali, katanya cuma pemeriksaan biasa. Hmm, kalau pemeriksaan biasa, takkan mesti dibuat waktu malam? Kenapa bukan waktu siang? Adoi, nampak sangat aku ni tak tahu apa-apa pasal prosedur kat hospital. Sebab aku cukup anti dengan doktor, hospital, klinik, jururawat & seangkatan dengannya. Jadi aku tak pernah nak ambil tahu pasal semua tu (satu pengajaran dimana lepas ni aku kena pandai ambil tahu pasal semua ni). Hingga ke 12 malam, dia masih di sana. Baru sahaja selesai x-ray. Aku yang resah gelisah di rumah. Akhirnya aku tertidur. Hingga jam 4.30 pagi, dia masih lagi di PPUM! Apa la yang dia buat ni? Sepatutnya doktor menahan dia di wad untuk satu malam tapi dia menolak.. ~pasal taknak kena bayar. Laa, itu jugak yang jadi alasan dia. 7 pagi tadi, masih lagi belum sampai ke rumah. Sempat mengadu bila dikenakan injection. Tapi, sampai ke sudah aku tak tahu kenapa dia ke sana. Susah sangat nak bercerita? Hmm...

Pagi tadi pula, Faryza menelefon aku semasa aku dalam perjalanan ke ofis. Pendek ceritanya, aku dalam bas. Dia MC hari ni. Semalam pun dah nampak dia seolah tak sihat. Badan panas. Banyak termenung. Pukul 9 pagi, Faryza telefon sekali lagi. Astaghfirullah, dia ditahan di wad dimana dia disyaki apendiks & dijadualkan menjalani pembedahan 4 petang nanti. Ya Allah, permudahkanlah pembedahan ini. Dan mudah-mudahan Faryza cepat sembuh.

Di saat-saat begini, aku teringat pada Selawat Syifa’. Ayat yang digunakan sebagai ikhtiar untuk meringankan rasa sakit & ikhtiar moga sakit dapat disembuhkan :


bermaksud : Ya ALLAH, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan, dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.

Namun terdapat sedikit kekeliruan pada maksud Selawat Syifa' ini. Bagi menerangkan kekeliruan, boleh merujuk DI SINI.

Monday, November 24, 2008

~Yakinkan aku..

Apabila umur makin menginjak dewasa, soalan yang takkan terlepas dari list,
"bila nak tunang?"
"bila nak kawen?"
"bila nak makan nasi minyak?"
"bila lagi nak berdua?"
Dan soalan ni bukan sahaja keluar dari mulut kawan-kawan, adik-adik sekampus, malahan lagi merunsingkan bila diajukan oleh saudara mara. Aduh. Tiada jawapan yang mampu diberikan. Andai di kepala ada jawapannya, bakal aku print dan tampal di dinding. Tak perlu pening-pening menjawab. Hmm, kalau la semudah itu kan? Tatkala telinga menangkap pertanyaan itu, aku jadi kelu. Atau lebih mudah, soalan itu boleh diistilahkan sebagai soalan maut.
Aku cuma bercakap dari pemahaman sendiri & juga perasaan sendiri. Hidup berdua bukan satu perkara yang boleh dianggap mudah. Terlalu banyak perkara yang perlu diambil kira dan difikirkan. Hidup berdua melibatkan masa depan, kerjaya, kehidupan, keluarga kedua-dua belah pihak, bakal anak-anak, sharing & caring, kewangan, perkongsian mental & fizikal. Banyak sangat. Paling utama, mampukah rumah tangga disirami irama sakinah, mawaddah wa rahmah..?? Bukan semudah yang disangka dan diimpikan. Kadang-kadang minda berputar memikirkan, mampukah aku untuk melangkah ke alam itu? Bersediakah aku? Penakut..! 'Pelayaran' itu pasti penuh dugaannya.
Dalam keadaan keliru tentang erti perkongsian hidup ini, aku basahkan hati dengan istighfar dan kuamati sedalam-dalamnya firman Allah s.w.t di dalam Surah An-Nur; ayat 26 yang bermaksud:

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan (sebaliknya) wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.."
Ada garis-garis kabur dalam hati. Rasa tidak percaya dengan kemampuan diri untuk melayari hidup baru. Iya, pertanyaan orang-orang terdekat terkadang buat aku ingin 'lari' tapi tanpa hala tuju. Izinkan aku bernafas seadanya. Aku masih mencari ruang untuk mengenal diri sebelum mengenali 'bakal teman hidupku'.

Yakinkan aku..

Thursday, November 20, 2008

~Ada apa dalam hati

Bagai satu cerita
Tafsirlah sebaliknya
Cuba mencari makna
Apakah hakikatnya
Hari ini aku sudah ada sedikit fokus. Dah 5-6 hari aku agak ‘ding-dong’. Padahal bendanya takde la seteruk mana (err..pada aku agak teruk sebenarnya). Tapi mungkin kerana aku biarkan jiwa & minda dikuasai aura negatif, maka inilah jadinya. Alhamdulillah, keceriaan kembali hadir. Mujurlah keadaan ini tak berpanjangan.
Tapi..
Eh, ada tapi lagi? Masih ada saki baki ‘ding-dong’ itu. Diumpamakan tiang yang di ketukkan paku, paku dah cabut.. kesannya masih ada. Berlubang. Jadi nak kena cari alternatif, macam mana la nak tutup lubang tersebut.

:) Sejujurnya, ada sedikit perasaan marah dalam diri. Walaupun perkara itu dah berlalu seminggu lepas, tapi ntah lah. Tak tahu siapa yang salah sebenarnya dalam hal ini. Aku ke yang salah? Hmm.. susah nak jawab. Apa-apa pun, perkataan maaf (memberi & memohon) dah lama terluncur laju dari hati aku. Cuma, kesan ‘sakit’ tetap ada. Adoi, masalah jugak sebenarnya ni. Agaknya betul la orang Februari ni suka pendam rasa. Dah bagi maaf, tapi masih pendam rasa. Agak-agak, ‘maaf’ tu valid ke tak? Hehe..
Satu demi satu rahsia
Hadir menyentuh rahsia
Dalam duka dalam gembira
Melangkah terusan jua
Kadang-kadang kita tak mampu meneka apa yang difikirkan oleh orang lain. Sedangkan dia mengharap kita memahaminya tanpa perlu apa-apa tanda darinya. Diibaratkan macam Nujum Pak Belalang yang diberi soalan tambahan oleh Raja Inderapura ~Cuba ahli nujum Negara teka, apa yang ada dalam tangan beta?~ Mana la kita nak tahu dalam tangan dia ada apa? Mungkin jugak tangan dia kosong! Tak punya apa. Mengharap ‘common senses’? Tak semua boleh dipercayai. Naluri hati pun kadang-kadang banyak pengaruhnya. Dan pengaruh itu bakal memporak perandakan keadaan. Kalau kearah positif, ok la jugak. Tapi kalau menjurus kearah negatif, memang hancur la jadinya.
Keseluruhannya, aku cuba menerima segalanya dengan hati terbuka.. ~ayat lapuk :p
Mekar bersemi ikrar dihati
Tiada kilauan mengunci diri
Selagi bersinar mentari
Tiada gentar diuji
Sinaran gemilang menanti
Hadir impian abadi

Wednesday, November 19, 2008

~Alahai si kurus

senario 1
di pantai.. tengah berjalan di gigi air..
"chik, baik chik pegang baju amir," tutur anak saudara kepada makciknya.
"kenapa?".
"hehe..angin kuat ni. Karang chik melayang, kena terbang dek angin".
urm, alahai..

senario 2
atas motor.. dalam perjalanan nak ke Kuala Terengganu.. suasana hingar bingar dengan bunyi kenderaan.. kedua2 penunggangnya diam, tanpa perbualan.. tiba-tiba..
"akak..!" panggil si penunggang motosikal pada pemboncengnya sambil melawan bunyi bising motor.
"iye. kenapa?" si pembonceng bersuara.
"hehe..saje nak panggil. Ingatkan akak dah takde kat belakang saya ni," sahutnya.
"kenapa kata macam tu?"
sambil ketawa dia menjawab, "Macam naik motor sorang2 je. Ringan. Tak rasa pape pun kat belakang".
adoi.. terkena aku.

senario 3
tengah bersiap nak naik motor.. menuju ke kampus..
hampir seminit si pembonceng memanjat naik ke atas motor, tapi si penunggang masih belum menggerakkan motornya.
"Err..nape belum jalan? Nak tunggu sape2 lagi ke?" tanya si pembonceng.
"Eh, akak dah naik motor ke?" soalnya kembali.
"A'ah..dah dekat seminit naik"
"Ye ke? Hehe..tak rasa pun akak naik. Tayar tak jejas pun".
Hmmm..mengata aku lagi la tu.

senario 4
berjumpa kawan lama.. dah dekat 2 tahun tak jumpa.
"Eh ko ni nape? Banyak makan ati ke?" tanya si kawan.
"Makan ati? Ape pulak? Aku makan nasik la. Kenapa?"
"Takde..aku tengok ko makin keding. Macam orang putus cinta je".
Keding?? Erk..orang yang makan ati selalunya kurus yek? Not all laa...

senario 5
balik kampung.. nak jumpa nenek nan sorang.. rindu..
"Laa.. nape makin kurus ni?"
aduhai..rasanya lately 4-5 years, tak penah kalau jumpa nenek, dia sebut macam ni, "berisinya.." or "makin gemuk nampak" :p
means..cucu dia yang sorang ni semakin lama, makin kurus.. tak penah berisi.. huhu..

senario 6
jumpa sepupu2 yang ntah berkurun tak jumpa..
"Keciknya dia. Makin melidi. Kuat study ni," hehe..kalau la betul.. tapi hakikatnya, tido je banyak.
Then, bila dah masuk alam kerja, soalan dah bertukar "Ya Allah, makin kurus dia ni. Banyak keje ke kat opis?"

senario 7
berbual2 dengan kawan2..
"Ko ni pakai petua apa ek? aku tengok maintain je".
"Petua apa pulak?"
"Petua maintain kurus".
"Heheh..aku makan ikut suka selera aku.. ikut mulut nak suap pape pun," dengan sesuka hatinya jawapan tu dikeluarkan.. kawan2 yang mendengar cuma geleng kepala.

senario 8
di Hentian Putra, menunggu ketibaan bas.. lagaknya sedang berlaku sesi interview.
"risau la tengok.. makin lama tengok mcm makin *sekeping* ni," tuturnya pada orang disebelah yang dikatakan kurus itu.
"risau? nape nak risau?"
"ye la..nanti orang kata tak cukup kasih sayang," ihik, nak tergelak pun ada.. tapi still wat serius sebab suaranya agak serius.
"pagi2 breakfast tak?"
"breakfast".
"minum susu?"
"jarang.. dulu selalu tapi sekarang tengok keadaan".
"abis, minum apa?"
"tengok la..biasanya milo kosong"
"lunch tak?"
"lunch.. selalunya on time".
"malam.. makan tak?”
“makan”.

"sekarang berat berapa?"
"urm.. latest 42kg.. tapi skrg taktau..dah naik sikit kot".
"naik ke? mcm makin turun je?"
"hehe.. naik la.. betull...".
“hmm.. pasni minum weight gain la.. bagi berisi sikit.. ni cengkung je muka”.
“dah penah minum dulu.. tak jadi apa pun.. biasa je.. dah la mahal”.
“takpe, try lagi sekali” .
“takmau la..” .
“ala, minum je la.. bukan suh beli pun.. suh minum je” .
“nak belikan ke? Hehe” .
“iye la.. tapi janji.. kena minum” .
“hmm.. tengok la nanti” .
“tengok tu.. tangan nampak tulang je.. nampak urat hijau” .
“ni la seni namanya,” tetap taknak kalah .
“hmm…” .


ni la antara senario2 yang dialami si kurus @ si keding..
tapi sebenarnya tak la teruk sangat kot.. :p
BMI memang cakap underweight, tapi tak cukup dalam 5-6 kg jer..hehe..maintain apa..?
makan dah banyak..metabolisme je agak tinggi.. insyaAllah, lama2 berisi la.. apapun, tetap bersyukur sebabnya kurus tanpa ada penyakit apa2.. keseluruhannya ok..
karang kalau si keding ni tiba2 jadi 'gemuk', ramai pulak yang takleh terima kenyataan kang.. hehe..
P/S : dialog banyak diubahsuai.. lupa ingatan.. :p cuma ingat main point dia jek

Monday, November 17, 2008

~SMS

"Iza, kalau kita berlari, kita mesti pandang ke hadapan. Kalau pandang ke belakang, kita pasti akan jatuh..nyatanya, ia menyakitkan"

kurenung SMS yang diterima dari seorang teman.. err, seolah dia tahu gelojak dalam hati aku saat ini.. aku mengambil masa agak panjang memikirkan ayat itu, lantas SMSnya kubalas begini..

"iya..dan kalau berlari kebelakang, pasti jatuhnya lebih menyakitkan"

dan balasannya,

"apa salahnya kalau kita berjalan.. tak perlu berlari.. andai berjalan sambil memandang kebelakang, kita masih mampu mengimbangi diri.. begitu juga jika berjalan kebelakang.. kita pasti mampu mengawal diri.. malah kurang terasa sakitnya andai terjatuh.."

SMSnya kubiar sepi.. dlm hati terfikir sendiri, 'bolehkah kita berlari kebelakang?'

Friday, November 14, 2008

~Alasan

HAMPA.. hanya sepatah perkataan yang mampu kulontarkan saat ini.. iye, saat aku tegar menegakkan kebenaran yang tercatit indah di dalam Kalam Allah, aku dituduh menjadikan semua itu sebagai alasan.. Alasan?? aku jadi kabut.. hukum Allah dikatakan memberi alasan??

ingatlah.. matlamat takkan menghalalkan cara..
andai aku dianggap bersalah dalam perhitungan ini, aku yakin aku tetap benar di sisi Allah..
Innallaha ma'ana..

~Pasrah

"Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu
sedang ia lebih baik bagimu
dan boleh jadi kamu mengasihi sesuatu
sedang ia melarat bagimu
dan Allah mengetahui sedang kamu tidak ketahui"
(Al-Baqarah: ayat 216)

hasrat itu terkubur.. dan aku kembali berpaut teguh pada firman Allah s.w.t yang ini..
mujur juga aku punya K.E.L.U.A.R.G.A & T.E.M.A.N yang penuh caring & kasih sayang..
buat aku rasa tak pernah kecundang dengan dugaan dunia..
(",)

Wednesday, November 12, 2008

~U.N.T.I.T.L.E.D

hati meminta.. "coretkanlah sesuatu.." tapi minda buntu.. buntu amat.. aku kusut saat ini.. kusut dengan perasaan sendiri.. pelbagai perkara menerjah fikiran.. masing2 mohon diberi perhatian.. "aduh" aku pening.. mana harus ku tumpu? yang sebelah kanan pohon pengertian, yang sebelah kiri menagih harapan.. sudahnya, mana perlu ku selesaikan..??

lupakah aku pada Kuasa Tuhan? "tidak..!" takkan sekali2.. cuma terkadang aku alpa.. aku leka.. lalai muhasabah diri.. aku cepat rebah dengan *rungutan nafsu*.. inilah lemahnya diri ini.. cepat terperangkap dengan olengan 'penat', 'letih'..

bak kata seseorang.. "aku alami konflik dalam diri".. mana timbulnya konflik kalau bukan diri sendiri yang mulakan, bukan? dan hanya diri sendiri yang boleh selesaikan ini.. bukan dia, bukan juga mereka..

~i need more time..

Tuesday, November 11, 2008

~Dengar-dengarnya

ermm.. dengar2 ceritanya development untuk Projek Posmel dah nak bermula minggu depan.. means, bermula la tugas yang menuntut kerahan yang agak kuat (berbanding biasa)dari aku, faryza & nazim.. otak & fikiran ini telah di omok-omokkan dengan pelbagai cerita.. saat fasa development berjalan, harus stayback hingga mencecah pukul 9-10 malam.. dan cuti hujung minggu juga mungkin terpaksa 'dikurangkan', tapi tidak sehingga 'dilupuskan'.. memerlukan tumpuan yang agak kuat.. perangai 'main-main' harus dicampak jauh2.. aduh, mudah2an aku mampu hadapi semua ini..

malam esok & malam lusa, aku bakal *bermalam* di dalam bas ekspress.. demi untuk memenuhi impian hati, aku nekad memohon cuti sehari.. ~Khamis,13 Nov 08.. ditambah restu ma & ayah.. moga percubaan ini bakal menjanjikan suatu kebahagiaan.. ;) jika tidak dimakbulkan doa, iya..aku masih lagi mampu tersenyum.. ~kerana kenyataan indahnya, aku bahagia di sini.. apepun, mungkin masih boleh mencuba di lain masa.. tak salah bukan? kita harus mencuba & terus mencuba.. till the end

selagi mampu, selagi diberikan ruang, aku akan terus mencuba untuk memenuhi setiap impian diri.. saat terindah jika ianya disulami dengan sokongan insan2 tercinta.. buat aku jadi tabah & kuat.. andai diri huyung, aku yakin amat, masih ada tangan yang sudi memapah.. andai aku rebah, pasti masih ada tangan yang sudi memaut.. terima kasih pada yang memahami.. aku masih dalam misi mengejar cita.. ya, mungkin juga mengejar cinta.. moga cita & cinta itu seiring menuju abadi.. amiin..

entry aku dah melalut kali ni..hmmm..

Monday, November 10, 2008

~Labbai kallah humma labbaik

bicara hari ini.. ~bicara tentang hari semalam

jumaat, 7hb nov 2008, 9.00 malam
alhamdulillah..my dear bro & wife selamat check in di kelana jaya sebelum ke KLIA untuk menunaikan fardhu haji.. maka berlaku la sesi 'banjir-banjir' kat kelana jaya tu.. dr apa yang aku perhatikan, my dear sister-in-law yang nampak agak sugul nak berpisah dengan anak2.. ye la, yang sulung pun baru nak masuk darjah 6.. paling utama dgn si kecil amirul.. tapi si kecil yang berumur 3 tahun tu *bijak* sekali.. sedikit pun tak menangis @ merengek.. sedangkan pada hari biasa, selalu mengamuk nak ikut kemana aje si ibu pergi.. mlm itu, si kecil tampak pasrah bersalaman dgn ibu abah, mencium pipi ibu abah & dengan mata sayu menghadiahkan flying kiss.. aisyy, aku pulak yang rasa *sebak*.. my dear bro pun kelihatan gagal mengawal perasaan, terutama masa dia peluk my dear mom & anak2 dia.. doaku, mudah2an selamat pergi & selamat kembali.. dan beroleh haji mabrur.. :)

teringat tika kali pertama my dear parent mengerjakan haji.. masa tu aku berumur 11 tahun.. yup, aku mengambil masa seminggu untuk menenangkan hati.. tiap pagi, bila bangun tido, automatik nangis.. aiyoo, nak kata manja, takde la sangat rasanya.. :p tapi beberapa tahun selepas itu, aku jadi tegar ditinggalkan lagi.. cukup sehari utk menenangkan diri.. iye, pengalaman cukup membantu untuk jadi *tabah* dan *kuat semangat*

previous story (catatan buat seseorang)
peristiwa lucu & menarik.. 'seseorang' telah diminta melantunkan azan sebelum rombongan menghantar my dear bro & wife bertolak ke kelana jaya.. special request by my dear mom.. heheh, katanya ini lantunan pertama dikhalayak ramai.. :p maka 15 minit sebelum azan, resah gelisah la si Hamba Allah ni.. berjalan ke sana & ke sini.. dengan aku2 sekali yang jadi gabra jugak.. tapi tangan si Hamba Allah sempat lagi bermesej2.. ~dengan sape la tu yek? (~_^) tiba masanya, alhamdulillah, semua berjalan lancar.. pitching je lari sikit.. :p

Friday, November 7, 2008

~Anak itu

semalam, hari ketiga aku balik dari kerja dgn menaiki bas.. zoom, bas bergerak dari Kota Raya tepat jarum jam menunjuk ke angka 6.. keadaan agak sesak.. ramai penumpang turun naik.. namun tak terasa rimasnya kerana aku ralit dengan novel Ayat2 Cinta ku.. :)

sampai di satu tempat (tak dapat dipastikan dekat mana), sorang ibu bersama anaknya dia menaiki bas.. aku agak, si kecil tu dalam linkungan 5-6 tahun.. mak dia nampak muda, dlm 26-28 tahun.. saat tu memang tak ada kerusi kosong.. so dia berdiri je la.. aku pulak duduk berselang 4 seat dr budak tu,agak jauh.. 10 minit kemudian, muka si kecil dah kegelisahan.. penat berdiri mungkin.. tak lama selepas tu, sorang pompuan ni berdiri, bg peluang si kecil untuk duduk.. wah, muka punya la berseri.. spontan, si kecil berkata riang "thank you auntie".. petahnya.. aku cuma tersenyum.. "ish ish, speaking pulak budak ni"

bas terus meluncur..
sampai di mid valley, ada 2-3 orang penumpang naik termasuk seorang perempuan india yang agak berumur.. mungkin dalam lingkungan 60-65 tahun.. nampak agak kepenatan.. dia berdiri betul2 menghadap si kecil.. tapi aku tengok takde sape pun yang agak bersimpati nak bagi makcik tu tempat duduk.. ~kebanyakan penumpang muda yang duduk adalah *mat bangla*.. tempat aku agak kebelakang.. if nak bagi makcik tu duduk, dia terpaksa berjalan & merempuh ramai orang.. tiba2, si kecil tadi bangun sambil berkata "grandma..please sit down" si kecil tersenyum sambil bercakap agak pelat.. tangannya memaut erat pinggang si ibu, takut terjatuh.. Allahu Akbar, si kecil itu memang berhati mulia.. dia seolah faham 'si nenek' tadi perlu duduk dan dia sebagai yang lebih muda harus memberi ruang..

hmm... tengok la si kecil.. tahu erti sivik.. dia memahami cara untuk menghormati orang yang lebih tua darinya.. walau badannya kecil, tapi hatinya berjiwa besar.. aku merenung sejenak.. ahh, hari ini aku peroleh satu lagi pengajaran di dalam bas yang penuh sesak ini..

P/S : pandai betul aku jadi mak nujum hari ni.. meneka umur 3 insan tanpa ragu...hehe.. :p

Thursday, November 6, 2008

~Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un

bicara hari ini.. ~bicara tentang hari semalam

tanggal 4 Nov 08, sepupu aku merangkap anak mak long (sebelah my dear mom) telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya.. Allahyarham yang menunggang mootosikal dilanggar lori dan meninggal di tempat kejadian.. namun dari cerita yang disampaikan, Allahyarham tidak mengalami kecederaan luaran yang parah, cuma kepalanya terhentak pada jalan & kecederaan dalaman yang agak serius..
~Al-Fatihah..

hidup manusia singkat amat.. mungkin esok atau lusa, tiba giliran kita..

Wednesday, November 5, 2008

~Allah Maha Penyayang

Betapa kasihnya Allah pada hamba-Nya..
Betapa sayangnya Allah pada hamba-Nya..
tapi hamba kadang2 tetap begini.. tetap lalai.. leka.. alpa..

iye.. aku selalu lupa.. Rahmat Allah melangit luas..
Naungan Allah tak terhingga..

seminggu yang lepas aku agak kecewa.. sedih.. tapi bila difikir2kan, mungkin bukan rezeki aku.. mungkin jua Allah dah 'spacekan' ruang itu utk org lain.. hati agak sayu, namun aku gembirakan hati sendiri.. memujuk dengan pelbagai telahan.. tapi alhamdulillah, akhirnya aku dapat juga panggilan itu.. ~walau baru temuduga.. tapi hati bersyukur amat.. hmm, mungkin sebelum ni Allah ingin menguji sejauh mana ketabahan aku, sejauh mana penerimaan aku dengan ujian-Nya.. alhamdulillah.. aku cuba mengumpul kekuatan untuk lakukan yang terbaik nanti.. mudah-mudahan.. amiin..

~Journey

kali pertama naik bas ke opis.. pengalaman baru buat aku yang baru nak mula *berdikari*.. ~hehe, boleh juga dianggap *terpaksa berdikari* sebenarnya.. mula menunggu bas pukul 6.30 pagi.. naik bas pukul 6.40 pagi.. sampai di ofis pukul 8.15 pagi.. jumlah masa, 1 jam 45 minit.. memerlukan masa lebih 1 jam 15 minit dari kebiasaan.. betapa di situ berlaku pembaziran masa.. namun, aku mesti tempuhi jugak dalam tempoh lebih kurang 50 hari akan datang.. apepun, sepanjang perjalanan hari ini, berjaya kupenuhi dengan khayalan & pedoman novel Ayat-ayat Cinta.. ~Baru beli semalam.. (^_~)

10 minit ketika menunggu kedatangan bas, aku ditemani my dear bro & wife.. lagaknya aku seperti kanak-kanak yang ditunggu ibu bapa sebelum ke sekolah.. :p hehe.. manja atau tidak diri aku, tapi mereka sebenarnya sedang menjalankan tugas sbg abang & kakak ipar.. alhamdulillah, my dear bro sgt bertanggungjwb dengan adik2nya.. kdg2 aku naik segan dilayan sebegini.. tapi kdg2 syok jugak.. hehe..

di dalam bas, sambil melayan novel Ayat2 Cinta, aku secara tak langsung memerhati gelagat manusia.. macam2 ada.. insaf seketika melihat kerenah manusia yang pelbagai.. yang buruk, aku cuba jadikan sempadan.. mana2 perbuatan murni, aku cuba terapkan dalam diri..

Makluman : Keputusan Ujian 15 Skim - Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 telah pun keluar (ujian yang diadakan pada 23 Ogos 2008). Untuk semakan, sila klik di sini atau di sini

Monday, November 3, 2008

~Tanya versus Jawab

*~ T.A.N.Y.A ~*
dalam satu situasi, bila kita tak bertanya, kita akan dianggap *bodoh sombong*
dalam satu situasi yang lain, bila tak bertanya, orang akan anggap "Ooo..agaknya dia dah tahu semua benda kot.."
dalam situasi yang berlainan, bila tak bertanya, orang ingat kita tak penah nak ambik berat pasal orang lain..
dalam situasi berbeza, bila tak bertanya, yes...memang tepat sekali perumpamaan "malu bertanya, sesat jalan".. bukan takat sesat jalan, tapi sesat ilmu kalau dah pandai2 wat andaian sendiri..lagi bahaya tu..

bila dah bertanya, mungkin ada yang kata "banyak tanya pulak dia ni.."
atau ada jugak memuji "bagus..banyak bertanya..saya suka.."
kadang2 ada yang kata "soalan mcm ni pun nak tanya ke..?" *erkk...*
sesekali ada yang berkata "kan bagus kalau bertanya..mudah faham lagi jadinya kan.."


*~J.A.W.A.B ~*
bila kita menjawab pertanyaan orang, akan ada yang berkata.. "aku dah tahu pun" ~laa..dah tu buat apa tanya..?? (kalau kena yang camni, mmg *berangin* satu badan) :p
kadang2 bila menjawab soalan, terlalu jujur juga mungkin jadi salah faham pada pemikiran orang lain.. "hhmmm.."
ada masa2 lain, bila kita memberi jawapan, si penerima jawapan berkata "betul ke apa awak cakap ni..?"

bila kita mengambil keputusan taknak jawab soalan..of course la tak dapat markah dlm exam.. :p dan kalau org bertanya, tapi kita tak jawab.. mesti org kata "sombongnya dia.." tapi kalau terlebih jawab, "ai,lebih2 pulak dia ni.."

paling best, bila kita menjawab soalan, org kata "terima kasih.." ~tenang rasa hati
sebenarnya bila kita menjawab, tapi bila org tak faham dgn jawapan kita (atau mungkin saje buat2 tak faham).. boleh pening kita dibuatnya..

hmm...perkara sekecik Q & A ni pun kadang2 boleh menimbulkan macam2 konflik.. mcm2 boleh jadi.. tanya salah, tak tanya pun salah.. jawab salah, tak jawab laaaagi salah.. hingga pernah hati terdetik "jangan tanya aku dengan apa2 soalan supaya aku tak perlu berbohong dengan apa2 jawapan"

**sebenarnya panjang lagi nak menulis, tapi akal tak mampu nak expresskan idea yang ada..masih mencari ruang tersendiri.. :)

~Nikmat terindah

seronok bukan..?
saat melangkah kaki keluar dari rumah sebelum ke tempat mencari rezeki, kita sempat mencium tangan yang *tersayang*.. ya, tangan-tangan yang penuh kedut2 kasih sayang itu.. terasa mengalir satu *aura* ke dalam diri.. indah amat..!

Friday, October 31, 2008

~Demam sembuh 'terkejut'

D.E.M.A.M
pagi ni, badan lenguh-lenguh.. ~macam sakit sendi.. mata berbalam-balam ngadap laptop.. suhu badan terasa makin meninggi.. tapi aku *kesejukan*.. kalau la dapat lelap seminit dua, mesti nikmat..
>> semalam.. *kegelisahan*.. berselimut tebal, tapi masih terasa sejuknya.. kipas diberi 'cuti', tidak berpusing ligat seperti biasa.. tido berteman mimpi ngeri.. langsung tak lena.. mimpi itu dan mimpi ini.. nak makan panadol, tapi badan memang tak larat.. -ve thinking menguasai diri.. "badan takleh nak bangun..kepala berat.." akhirnya sampai ke sudah tak makan ubat.. betapa menunjukkan diri tak punya semangat yang kuat..

tengahari..
unit ICT kat tingkat 6 jemput ke jamuan raya.. urm, *complicated* betul.. aku ni staff unit ICT ke PITTIS Project ek..? nama aku kat unit ICT, tapi duduk kat PITTIS Project.. hehe, tapi sebenarnya mana2 pun sama kot.. err,
Faryza.. tolong jawab :p
dlm keadaan D.E.M.A.M, aku sebenarnya *takde perasaan* pun nak pegi jamuan raya.. tapi ni la masanya nak jumpa opismate2 kat sana.. baik aku amik peluang ni.. lambat2 berjalan membontoti bos, Puan Jamaliah.. bersama kak Q & Faryza..

saat kaki melangkah ke pejabat unit ICT, kitaorang sebenarnya terlambat dari masa yang sepatutnya.. telinga aku *menangkap* bunyi seolah nama aku disebut dgn pembesar suara.. eh, tak kot.. buat apa nak sebut nama aku dalam majlis raya kan..? tapi lepas tu nama Faryza pulak yang disebut.. OOoooo, nama kitaorg disebut sebab nak perkenalkan kepada staff yang lain sebagai staff baru.. hehe, dah keje 2 bulan, baru nak perkenalkan ye.. tu la, nama je staff ICT tapi duk kat PITTIS Project, mcm mana la ada masa nak jumpa staff ICT yang lain.. tambah2 pejabat pulak jauh2..

aku bayangkan bila dah sebut nama, tapi aku & Faryza takde kat situ, so kira abis mcm tu je la.. tapi saat je kitaorg sampai kat jamuan corner tu, pap..! automatically semua mata yang ada kat jamuan tu pandang kitaorg.. huhu, taktau nak wat action camner.. muka dah cuak abis bila MC suruh ke depan.. dah la malu sebab datang lambat..
"baru abis meeting yer.." MC tu kata kat kitaorg..
"hehe, bos je yang meeting..kitaorg berdua tak meeting pun.." tapi malangnya jawapan tu cuma dlm hati.. :p
bila dah ke depan, nama kitaorg disebut lagi sekali.. siap angkat tangan bila nama disebut.. buat orang gelak jer.. dengan secara spontannya, demam aku kebah serta merta.. serius..!! sembuh terkejut & segan.. pastu ada ucapan2 raya sikit, then start jamuan.. gabra punya pasal, aku yang dari pagi tadi tak selera nak makan pape, tetiba rasa nak makan semua juadah yang ada.. tambah2 ada sate.. yum,yum..

yang pastinya, kebanyakan staff unit ICT dah kenal dengan aku.. sesebab aku dah penah jalani Latihan Industri (LI) kat tempat yang sama 5 tahun lepas.. uish, dah lama tu.. tapi alhamdulillah, masih lagi kenal & boleh borak macam biasa.. kak ita still maintain kecik macam dulu..abg haikal, still bujang trang tang tang.. abg farid, dah dekat setahun kawen.. kak alin, dah ada anak sorang.. abg rizal, baru je menimang cahaya mata.. kak tipah, kak ani, kak jamaliah (my current boss), still maintain mcm dulu..kak Z pun, mcm terkejut tengok aku,hehe..ramai rupanya yang kekal keje kat sini.. ye la, 5 tahun bukan tempoh yang singkat.. lama jugak tu.. entah2 aku pun sama kot.. :) cuma kak jannah dah bertukar keje ke bank Islam & kak jurina dah balik keje kat Sarawak..